Tuesday 3 September 2013

La Tahzan, Ujian itu datangnya daripada Allah, sabarlah menghadapinya...


Setiap manusia ada ujiannya masing-masing. Bila kita guna perkataan 'setiap' maksudnya semuanya tanpa terkecuali la kan? Dan 'manusia' merujuk kepada orang, human beinghomo sapiens. Dan andaikata kita mengaku sebagai seorang yang beriman, lagi-lagi la kan. Allah dah cakap beribu tahun dahulu dalam surah Al-Ankabut ayat 2, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?". Bagi yang meneyertai perjuangan untuk menegakkan agamaNya, lagi-lagi la kan. Allah dah lama bagi 'warning' tentang ujian dalam jalan tarbiyah dalam ayat 31, Surah Muhammad, "Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu". Ujian demi ujian. Tapisan demi tapisan. 

Lumrah manusia bila diuji, akan rasa teruk dan down termasuklah saya!!huhu :'(

Kadang-kadang sampai tahap tak tahu nak fikir apa dan buat apa. 
Sekadar ingin berkongsi apa yang dikongsi oleh insan lain bagaimana kita boleh hadapi ujian-ujianNya
  1. Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  2. Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  3. Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  4. Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).
  5. Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  6. Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-NyaOptimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakaruntuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  7. Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
Pujuk hati...pujuk hati...urgh!!

Tuesday 11 June 2013

Penyelewengan Dalam Konsep Tunang

Artikel ini dipetik dari Blog Mindafahmi


 Tunang dalam Islam | Kebelakangan ini saya berasa sangat gembira. Menjelang cuti summer, pasti banyak berita gembira yang saya terima. Ramai dari kenalan saya terutamanya di Facebook “sibuk” menukar status relationship mereka. Ada yang sudah bertunang! Tahniah saya ucapkan. Adakah cuti musim panas ialah musim “mengawan”? Heh.

Tetapi dalam kegembiraan itu,ada perkara yang sedikit mengganggu fikiran saya. Tidaklah besar mana gangguan tersebut,namun cukup membuat saya berfikir panjang dan termenung. Saya terfikir akan konsep pertunangan atau khitbah dalam Islam.

“Awok awokkk.. Jom kahwin nak?”
“Jummmmm!!!”
“Yeaayyyyy.. kita dah bertunang. Hewhewhew..”

Maksud Khitbah | Tunang Dalam Islam

Khitbah di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki.

Dr. Wahbah Az-Zuhaily menjelaskan bahawa yang dimaksudkan khitbah itu adalah menampakkan keinginan menikah terhadap seorang perempuan tertentu dengan memberitahu perempuan yang dimaksudkan atau keluarganya (wali).

Apabila telah dikhitbah, maka mereka menjadi tunang.

Islamisasi dan modenisasi di Malaysia

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t apabila saya melihat secara zahirnya, rakyat Malaysia khususnya pengguna Facebook semakin islamik. Ini beerti proses islamisasi sedang berlaku di Malaysia walaupun pengislamisasian pada status facebook sahaja. heh!

Islamisasi ini selari dengan proses modenisasi dan peningkatan kecerdikan rakyat malaysia khususnyaanak-anak muda seperti saya. Ini merupakan satu perkembangan yang apabila dilihat dari sudut positif, merupakan perkara yang baik. Tahniah!

Penyelewengan yang berlaku

Namun dari satu sudut, saya tersentap apabila kecerdikan dan islamik itu diselewengkan dengan begitu ‘indah’. Kisah-kisah percintaan kini semuanya islamik-islamik belaka.

“Assalamualaikum bakal penghulu bidadari syurgaku.”

” Saya menanti imam saya.”

“Aku menanti ibu yang solehah kepada anak-anakku”.

Kembali kepada perbincangan asal kita. Sebegitu juga perkataan tunang serta konsep khitbah itu telah diselewengkan dan dihias dengan bait-bait cinta islamik!

Islam itu mudah

Ya benar, islam itu mudah. Namun jangan bermudah-mudahan dengan agama. Apabila dilihat konsep bertunang dalam islam itu cukup mudah, maka ramai anak muda telah menggunakan perkataan itu untuk ‘touch up’ maksiat mereka. Dengan berpegang kepada konsep khitbah, dengan sewenang-wenang mengumumkan bahawa mereka bertunang. Dalam erti kata lain, ‘kita’ sudah menjumpai perkataan baru yang lebih indah, islamic dan ‘kurang maksiat’ untuk digantikan dengan status kami bercouple. Ya, kami bertunang!

Mudahnya!

Tiket ini menjadi lebih ekslusif apabila hakikat masyarakat hari ini masih ada yang memandang pertunangan itu mengahalalkan separuh yang haram.

“Eh karim, kau tengok peah tu! Rileks je keluar dengan laki tu.”

“Eh biar jela. Aku dengar mereka sudah bertunang. Takpela, dorang tu nak kahwin dah pun.”

Adat Bertunang Itu Menjaga


“Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga, undang-undang dan adat.” (Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Wanita Dalam Fikih al-Qaradhawi)

Syed Sabbiq juga mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui mahsyur di tempat masing-masing.

Dulu saya seorang yang agak ‘benci’ kepada adat yang kebanyakkannya menyusahkan, pada pandangan zahirnya. Namun apabila saya menilai situasi sekarang,baru saya sedar bahawa ada baiknya juga adat yang hidup dalam masyarakat kita pada hari ini. Kerana itu wujud satu kaedah syarak yang berbunyi “Al-Adat muhakkamah.” Bermaksud adat itu boleh memberi hukum. (saya tak mampu hurai panjang perkara sebegini)
Syariat itu penting. Adat itu juga penting. Antara dua, syariat itu berada di atas. Namun tidak bermakna adat itu tidak ada tempat. Insyaallah saya akan tulis entry khas tentang bagaimana adat melayu itu menjaga syariat berkaitan isu tunang atau khitbah ini. Doakan saya diberi kekuatan.

Kesimpulan

1)Jika mahu sangat bertunang, maka bertunang secara syariat dan adat. Minta restu dari mak ayah dan hantarlah rombongan meminang kepada gadis pilihan anda itu. Tidak perlu berlebih-lebihan, sekadar menyatakan hasrat dan menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda sudah memadai.

2)Berhenti menyalahgunakan konsep khitbah dalam islam dalam hubungan haram itu. Nak sangat bermadu kasih, sila gunakan istilah couple. Kerana istilah itu lebih makruf sebagai perkara yang menghampiri zina di Malaysia ini. Jangan bersetongkol dengan syaitan dalam menghiasi maksiat sehingga hampir-hampir keliru ummat!

3) Istilah couple,tunang,khitbah itu tidak menjadi isu besar bagi saya. Isu motif penggunaan istilah itu yang lebih saya prihatin.

Wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, tolong jangan bermain dengan api. Tolong jangan gatal-gatal mencuba “couple secara Islamic” kerana percayalah permainan syaitan itu sangat halus dan licik. Percayalah kata-kata saya ini.

Saya mungkin tidak cukup angka umur untuk menegur dan memberi nasihat kepada anda yang mungkinjauh lebih berumur dari saya. Namun, izinkan saya untuk bertutur atas kapasiti pengalaman saya sendiri. Saya belajar dari pengalaman dan saya gembira jika ada yang membetulkan saya jika cara mengambil ibrah dari pengalaman saya kurang tepat. Luruskan saya. sekian
Artikel ini dipetik dari Blog Mindafahmi

Wednesday 15 May 2013

AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.


Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Insyallah.

Tuesday 23 April 2013

Entah bile lah baru dapat pakai mende nih =.="


Ape bende alah atas ni yek?? Namenyer kasut kawen.... orang pakai time bersanding...haaa...

entah bile baru dpt pkai mende nih...

kang aku bli pkai g ofis kang orang kte buang tebiat....haha...

nak wat cmner kan...lom betemu jodoh la katekan...

kengkadang tu tetanyer2 gak, x cukup cun ker aku nih?? hoo...dh cun sgt dh [hahahahaha...ayat perasan, pujuk hati XD]

nk tggu jd dara jutawan gk la bru bertemu jodoh agaknyer...
[tp klo dh jd dara jutawan, sorry to say... tak ingin aku kawen dh...haha...gurau jer... :D]

xde mende nk update sebenarnyer...tu yg duk merapu tu...ok buddy...bye...c u next time :) :)


~Cik Ayu Comel~

This is Me


Monday 22 April 2013

Aku Ting Tong


Aku Ting Tong...wuhuhuuuu

Ngantuk giler, smua gara2 aku xleh tido semalam...dan akhirnya aku ting tong
Yang lebih merbahaya ialah, aku kene g keje walaupun aku ting tong...
so, aku pon drive g keje dlm keadaan aku terawang-awangan bagai di syurga...
khayal jer aku bawak kete, sampai di suatu bulatan, kete aku yang meluncur laju mengejar punchcard pon memanjat divider, malu tak terkata...
aku perasan orang yg bawak kete di belakang kete aku tercengang2 n aku buat bodo...huhu...malunyer

tapi, aku tak kire sgt malu tu, yang penting skaly ialah kaki aku dh menggigil...lutut aku dh menggeletar, sampailah kt cyberjaya, smpailah aku parking kete dpn ofis...huhu...takutnyer...

dh parking jer, aku pon trus kua kete, cek klo ade ape2 kecacatan pd baby hitam aku...nasib baik dier x ape2, calar pon xde...tp serius aku takut...

kesimpulannya, klo ting tong, jgn memandu kenderaan...merbahaya...nasib baik aku hidup sampai ofis...klo x kesian kt ibu ngn ayah aku... :'(

Friday 5 April 2013

Al-kisah si aku yang selalu memujuk hati :'(


Berpegang kepada prinsip yang teguh, berusaha menjadi solehah, si aku memperkuatkan benteng hatinya dengan sebuah tembok kukuh yang dipanggil sabar.

Semakin kuat benteng sabar itu, semakin bertambah pula ujian, semakin besar juga dugaannya... Hai hati....ku pujuk jua si hati supaya sabar. Siapa yang suka bila diberikan ujian yang berat?? Siapa yang tidak berasa sedih apabila sesuatu yang tidak disukai berlaku  ke atas dirinya?? siapa?? tiada siapa. Namun, sejuk hati apabila si aku melihat sahabatnya yang soleh dan solehah masih mampu mengukirkan senyuman yang cukup ikhlas tatkala dikunjung musibah.... Aduhai sahabat soleh dan solehah, betapa kuatnya jiwa dan hatimu... tiada pernah aku melihat kalian mengeluh, malah dilampirkan senyuman...subhanallah...

Setiap kali si aku ditimpa musibah, si aku memujuk hati, usaha mu ingin menjadi solehah akan sia-sia jika kamu tidak mampu bersabar, lihatlah sekalian sahabat soleh dan solehah mu, betapa hebatnya mereka dengan kesabaran mereka... 

Allah mengujimu bukan membenci, tetapi setiap kali iman mu diuji, dan kamu sabar, setiap kali itulah, darjatmu akan diangkat oleh-Nya. Itulah janji Allah dan si aku cukup yakin dengan janji tersebut. Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya itu, semakin berat ujian yang diberikan kepada hamba tersebut, bermaksud ketahanan diri hamba ke atas ujian itu adalah semakin kebal. Umpama yang diungkapkan oleh pepatah melayu, "Alah bisa, tegal biasa". Si aku bersyukur jika Allah beranggapan begitu kepadanya... (:

Orang yang beriman ialah orang yang sabar, orang yang berjaya juga adalah orang yang sabar. Sabar juga adalah sunnah, sifat yang sangat terpuji yang ada pada para Rasul. Syukur Alhamdulillah jika perasaan sabar itu disuburkan di hatimu wahai si aku...teruskan bersabar, Insya-Allah, Allah akan sentiasa membantumu, semoga solehah yang ku jejaki akan berada dalam genggaman. Ameen ya Rabbal 'Alamin... 

Si aku yang sedang memujuk hati,



Monday 25 March 2013

Always Be There

Always Be There_by Maher Zain


Allahu Akbar...
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It's everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me, the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything



Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine
So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...
Allahu Akbar...



So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...
Allahu Akbar...

My Favourite Song,
^_^

Beradablah dalam Bersahabat


Bercerita tentang sahabat... 

Beradab dengan sahabat... terlebih dahulu saya hulurkan ribuan kemaafan jika entry saya ini mengusik perasaan sesiapa. Apa yang cuba saya kongsikan hanyalah sebagai peringatan dan nasihat sebagai ingatan kita bersama dalam memperbaiki sahsiah kita sebagai mukallaf yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di bumi Allah ini.

Sahabat,

Kita seringkali diingatkan agar beradab dan berakhlak. Seseorang yang menjaga imannya pasti beradab terhadap Allah dan beradab terhadap manusia.

Beradab dengan Allah ialah menjaga hubungan dengan Allah dengan melakukan ibadah dengan ikhlas dan menjaga kesempurnaan setiap ibadah wajib yang dilakukan disamping memperbanyakkan ibadah sunat sebagai memperbaiki kualiti setiap ibadah tersebut. 

Beradab dengan manusia pula ialah menjaga hubungan sesama manusia dengan menjaga adab bermuamalah seperti menjaga perilaku dan beradab dalam berkomunikasi.

Apa yang cuba saya kaitkan di sini ialah adakah kita beradab dengan para sahabat kita?? adakah kita berasa kita sudah cukup beriman jika kita melakukan ibadah setinggi gunung, menjaga aurat dan batas pergaulan, tetapi kita tidak langsung tidak menjaga adab dengan sahabat??

Kata-kata saya ini mungkin dianggap sinis dan sedikit menyindir. Tapi percayalah, bukan niat hendak menyindir atau mengkritik, sekadar mengingatkan. 

Beradablah dengan setiap sahabat kalian. Terus terang, saya sangat kesal apabila melihat ada di antara sahabat yang tidak menjaga adab dengan sahabat yang lain.

Ingat!!!

Dosa dengan Allah, kita boleh minta ampun pada-Nya, tetapi dosa dengan manusia, cuma manusia yang boleh memaafkannya... Ramai manusia yang tertahan daripada memasuki syurga Allah kerana melakukan dosa dengan manusia... Minta maaflah segera jika melakukan kesalahan sesama manusia selagi kita masih diberi keizinan untuk bernafas di atas bumi Allah ini...Wallahu A'lam...

Teguran ikhlas,
~~ Cik Ayu ~~

Wednesday 13 March 2013

Saya sedang berubah !


Assalamualaikum...

Apa isunya yang saya cuba ketengahkan kali ini?

       Saya sedang berubah !! Sungguh, saya sedang cuba membuat perubahan... ayat macam sedap sikit, membuat anjakan paradigma... hehe

Kalau nak membuat perubahan, mestilah perubahan yang positif...

       Senang cerita, saya sedang berusaha menjadi solehah!! Itu betul, bukan sekadar menjadi solehah tetapi juga berusaha untuk menjadi muslehah, bak kata guru saya dulu, jadilah orang soleh wa musleh.... orang yang baik, dan memperbaiki orang lain.

       Banyak ujian dan cabaran untuk saya menjadi solehah, menjadi baik, perlu menjaga iman dan mempertingkatkan keimanan, ianya bukan kerja mudah memandangkan terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa saya redah dalam memelihara iman senipis kulit bawang...huhu...

Kesian saya...

      Apapun, saya berdoa ke hadrat Ilahi, semoga memperkuatkan ketahanan mental dan fizikal saya dalam melakukan perubahan...dan berharap semoga ahli keluarga, kawan-kawan dan semua saudara seagama dapat memberikan sokongan dan dorongan...

Oklah Cik Ayu, cayok2!! Fighting!! :)

Tuesday 5 March 2013

Aku Gadis Biasa

Sekadar luahan ikhlas dari hati...buat setiap insan yang mengenaliku...


Friday 8 February 2013

Senarai Jumlah Kalori dalam Makanan Rakyat Malaysia


Teringat pulak nak update blog hari ni bila buka blog orang yang bercerita tentang diet... Saya tak lah diet pun, kalau makan tu, tak pernah pun nak pening-pening kepala duk fikir pasal kalori...makan jer...tapi tak bagus camtu sebenarnya. So,  saja nak update mende nih sebagai beringat-ingat!! Menjaga kesihatan... :)
Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
 Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
 Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2.minuman kotak 250g – 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5.aiskrim 2 skop- 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal
8.mentega 2 sudu teh – 75 kal
9.keju chedar 1 keping -58 kal
Lain-lain
Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Tteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)
Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori
Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori
Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori 

Thursday 31 January 2013

Larangan Buruk Sangka dan Mencari Kesalahan Orang Lain




Buruk sangka (su'u dzan) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk/tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini. 

Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Ibnu Kathir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surah Al-Hujurat.

Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang berkata : “Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu”.  (Tahdzib At-Tahdzib) 

Disebutkan bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata : “Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri, “Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukan perbuatan tersebut”.  [kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) ] 

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari kburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121))


Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata:

Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:

“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]


والله أعلمُ بالـصـواب

Friday 4 January 2013

Bersyukurlah kerana Allah menjadikan kamu sebagai orang yang berilmu


Kata seorang ilmuan :
"Ilmu itu cahaya daripada Ilahi.
Memancar keluar melahirkan amal.
Memancar ke dalam menzahirkan iman."

Orang yang bermujahadah dalam usaha mencari dan mendalami ilmu pengetahuan itu diumpamakan seperti orang yang berjihad di medan perang, penanya lebih tajam daripada sebilah mata pedang, dan tintanya seumpama darah yang mengalir dari tubuh para syuhada'.

Para pencari ilmu yang ikhlas kerana Allah, bermujahadah bukan kerana mengejar kemulian dunia semata-mata akan tetapi mereka ini sangat diperlukan dalam Islam bagi menegakkan agama Allah dan menyebarkan syiarNya. 

Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada kekayaan harta atau pangkatnya, tetapi pada keluasan dan ketinggian ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Harta akan habis apabila digunakan, tetapi ilmu tidak akan habis jika diamalkan dan diajarkan  kepada orang lain.

Orang yang berilmu akan sentiasa menjaga kualiti imannya. Semakin tinggi ilmu yang dimiliki, semakin mantap keimannya kepada Yang Maha Esa. Ini kerana menjaga iman itu adalah aspek yang amat penting dalam memelihara dan menjaga kecairan ilmu pengetahuan yang dimiliki daripada dicemari oleh sebarang perbuatan maksiat. "Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat".

Bermulanya perjalanan hidup kita dengan ilmu dan penutupnya juga dengan ilmu. Begitulah yang telah diterapkan dalam Islam menekankan betapa pentingnya menjadi orang yang berilmu. Bak kata tuk nenek kita dulu-dulu "buai tinggi-tinggi sampai cucur atap, belum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab" bagaikan menyahut seruan Rasulullah agar menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...

عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
                        ولا تكن الخامسة فتهلك                       ( رواه الطبرنى)

Maksudnya : Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa



Ilmu itu harus dikongsi,
~ The Sweet Cik Ayu ~

Wednesday 2 January 2013

Hamba & Hati yang Redha


Kitalah hamba
Tumpang bernaung di bawah rahmat-Nya
Tumpang berteduh di atas bumi-Nya
Jiwa hamba
Jelasnya sangat rapuh
Sangat lemah
Taatkah kita kepada al-Khaliq?
Sedarlah diri wahai hamba
Resminya kita ini hamba 
Hanya menurut kepada al-Khaliq.

Kita hamba yang miliki hati yang angkuh
mendabik bangga
melantangkan diri
"Akulah hamba Allah yang paling mulia
di antara hamba yang lain,
aku sentiasa taat perintah-Nya,
aku laksanakan segala suruhan-Nya."

Tanyalah kembali pada hatimu
Benarkah engkau mulia?
Tatkala engkau diuji
Apakah engkau redha?
Lalu ku cuit hati angkuh ini
Patahkan keangkuhanmu wahai hati
Tatkala engkau ditimpa musibah
Seringkali kau persoal
Mengapa diriku diuji
begitu dan begini?
Tidak malukan engkau
mengaku diri hamba mulia?

Hamba mulia itulah kekasih Allah
yang berjiwa tenang
kerana hidup sentiasa redha...
Qada' dan qadar rahsia Allah
Ianya mendidik, itulah tarbiyyah.
Allah mencatur setiap perbuatan manusia
DIA di sebalik tabir
setiap peristiwa...

Kekasih Allah itulah
yang sentiasa yakin
Cubitan dari Yang Maha Penyayang
selamanya lebih harum dan manis
daripada ribuan bunga
dan selautan madu... :)

Ilmu itu harus dikongsi,
~  Cik Ayu  ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...