Friday 4 January 2013

Bersyukurlah kerana Allah menjadikan kamu sebagai orang yang berilmu


Kata seorang ilmuan :
"Ilmu itu cahaya daripada Ilahi.
Memancar keluar melahirkan amal.
Memancar ke dalam menzahirkan iman."

Orang yang bermujahadah dalam usaha mencari dan mendalami ilmu pengetahuan itu diumpamakan seperti orang yang berjihad di medan perang, penanya lebih tajam daripada sebilah mata pedang, dan tintanya seumpama darah yang mengalir dari tubuh para syuhada'.

Para pencari ilmu yang ikhlas kerana Allah, bermujahadah bukan kerana mengejar kemulian dunia semata-mata akan tetapi mereka ini sangat diperlukan dalam Islam bagi menegakkan agama Allah dan menyebarkan syiarNya. 

Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada kekayaan harta atau pangkatnya, tetapi pada keluasan dan ketinggian ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Harta akan habis apabila digunakan, tetapi ilmu tidak akan habis jika diamalkan dan diajarkan  kepada orang lain.

Orang yang berilmu akan sentiasa menjaga kualiti imannya. Semakin tinggi ilmu yang dimiliki, semakin mantap keimannya kepada Yang Maha Esa. Ini kerana menjaga iman itu adalah aspek yang amat penting dalam memelihara dan menjaga kecairan ilmu pengetahuan yang dimiliki daripada dicemari oleh sebarang perbuatan maksiat. "Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat".

Bermulanya perjalanan hidup kita dengan ilmu dan penutupnya juga dengan ilmu. Begitulah yang telah diterapkan dalam Islam menekankan betapa pentingnya menjadi orang yang berilmu. Bak kata tuk nenek kita dulu-dulu "buai tinggi-tinggi sampai cucur atap, belum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab" bagaikan menyahut seruan Rasulullah agar menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...

عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
                        ولا تكن الخامسة فتهلك                       ( رواه الطبرنى)

Maksudnya : Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa



Ilmu itu harus dikongsi,
~ The Sweet Cik Ayu ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...