Monday 24 October 2011

Nujum Pak Belalang

Aku baru jer tengok cerita ni tadi...lawak ar...
tu la.. cerita dulu-dulu ni kalau dah lama tak ditonton, memang seronok...
aku bukan nak cakap apa lah, cerita-cerita yang dibuat oleh Tan Sri P.Ramlee semuanya sedap belaka...tengok berapa kali pun tetap tak muak...
walaupun kadang-kadang bila tengok ceritanya macam agak mengarut, tapi kalau dihayati betul-betul, setiap satu kisah itu ada pengajarannya, ada tauladannya di samping berjaya menghiburkan para penonton.

Macam cerita Nujum Pak Belalang ni, ia mengisahkan tentang ayah yang malas dan anak yang rajin. Itu kalau dilihat secara umumlah... Tapi kalau dilihat dan diperhatikan betul-betul, ia bukan sahaja mengisahkan tentang dua karektor bapa dan anak yang berbeza, bahkan turut diterapkan nilai murni dalam masyarakat melayu dan juga Islam iaitu menghormati ibu bapa, menjadi anak yang taat. 

Nujum Pak Belalang ditunjukkan dengan jelas sangat beruntung kerana mempunyai seorang anak yang taat, perajin dan ikhlas dalam membantu mencari rezeki (walaupun bapaknyer x keje :D )

So, the conclusion of this story, seburuk manapun bapak/ayah/abah/baba/papa/daddy kita, hormatilah mereka...sayangilah mereka...
dan
ikhlaslah dalam setiap pertolongan yang kita berikan kepada mereka a.k.a. jgn merungut!
sebab
mereka tak pernah merungut betapa susah nak membesarkan kita yang memang banyak menyusahkan ibu bapa kita (sama ada sengaja atau tak sengaja)

I LOVE YOU
MOM & DAD
MUAHHHHHHHH........

Natrah dan jati diri melayu


Saya terbaca dalam sebuah buku, dewan masyarakat kalau tak silap, berkenaan dengan kisah kehidupan Natrah. Natrah yang telah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 yang lalu.
Pengorbanan dan segala penderitaannya dalam mempertahankan aqidahnya sebagai seorang muslimah tercatat kemas dalam pelbagai versi makalah sama ada di internet, majalah, akhbar, buku-buku ilmiah dan dalam penyampai elektronik yang lain.

Jika dibandingkan dengan Natrah, seperti yang telah diketahui umum bukan seorang MELAYU, sanggup bermati-matian mempertahankan agamanya, cukup menyerlahkan KERUGIAN kita dari segi KEIMANAN

Kekentalan IMAN kita, orang MELAYU berjaya dicairkan oleh BARAT dan yang seangkatan dengan mereka, hasil kajian mereka yang tidak pernah jemu untuk memunahkan umat Islam. Mereka berjaya melalaikan kita, orang MELAYU, dengan hiburan dan gaya hidup yang mewah. Gerakan mereka halus, bersistematik dan berlapikkan nilai komersial. Kita, orang MELAYU menjadi manusia canggih tetapi nilai keimanan yang kita miliki semakin lemah. orang yang bersuara tentang keimanan dan keperluan kepada kekuatan iman dipandang sepi dan dianggap kolot. Patutkah kita, orang MELAYU, yang sedari lahirnya ke dunia dalam keadaan beriman kepada Allah, beragama Islam, menghina dan memperlekehkan mereka yang memperingatkan kita kepada Allah?

Kalau dulu Natrah menangis dan merayu-rayu tidak mahu dimurtadkan, kini gadis MELAYU dengan rela menjerit dan menangis-nangis untuk murtad.

Cukuplah kita kerugian dan kehilangan Natrah. Dalam terang-terangan kita dihina dan dihenyak oleh mereka yang ingin menghancurkan umat Islam. Kawan-kawan, marilah kita kembali kepada Allah...

Friday 14 October 2011

Globe Music Box Kesayanganku

Globe ni aku beli sendiri, pakai duit sendiri..hahaha..bukan boyfriend tau!
aku beli kat living cabin giant senawang...gara-gara pengaruh cerita My Girl...almaklumlah aku ni fanatik cerita korea... apapun aku puas hati dan serook sangat-sangat dapat beli globe ni...siap bawak gi kerja..letak atas meja, walaupun atas meja aku dah penuh ngan buku.. :)

  -->

Wednesday 12 October 2011

Oldies Song

Sekarang ni aku tengah demam minat oldies...
minat sangat...best...
lebih-lebih lagi kalau ELVIS PRESLY...


kat bawah ni antara lagu-lagunyer yang aku suker...
Only You 
My Way 
Always On My Mind 
I can't help falling in love with you 
Jailhouse Rock 
Suspicious Minds
Its now or never 


try la bukak...bagi yang dah selalu layan lagu2 urban, try la ubah selera sekali sekala...best....so romantic...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...