Jika seseorang bertanya kpd sy, adakah sy
bahagia, sudah tentu sy akan menjawab "YA, SAYA SANGAT BAHAGIA"...
"Bahagia itu adalah suatu
ketenangan...kesannya zahir rupanya maknawi"-petikan Hakikat Bahagia _
UNIC
Bahagia itu dari dalam diri, ada dalam
hati, dan bersinar di dalam jiwa...
Memang betul....bahagia itu lahir dari
hati yang tenang...
So, apa yang membuatkan sy sentiasa
bahagia?
Ini dia 4 Tips Bahagia Cara Saya... :)
1. Bersyukur dengan nikmat.
Setiap kali Allah memberikan nikmat kpd
kita, tidak kiralah dlm apa jua bentuknya, jgn lupa untuk bersyukur kepada-Nya.
Lebih banyak nikmat yang Allah kurniakan kpd kita, semakin rajinlah beribadat,
berzikir memuji dan mengingati Allah
sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. Jangan angkuh bila kita senang,
ingat, rezeki itu datangnya dari Allah, tanpa izin Allah, apa-apa nikmat pun
tidak akan sampai kepada kita.
2. Bersabar dengan musibah.
Setiap musibah itu datangnya daripada
Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia
zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana
Dia CINTAkan kita.
Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada
seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada
anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu
di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya,
melainkan Allah swt. Malah, sy percaya bahawa apabila Allah memberikan musibah
yang berat, sesungguhnya Allah hendak memberikan suatu nikmat yang besar
sebagai gantinya…Begitu juga apabila kita mencintai seseorang dan cinta itu
tidak kesampaian, percayalah sesungguhnya Allah telah mentakdirkan seseorang
yang terbaik untuk kita…
Kita merancang, Allah juga merancang…tetapi
perancangan Allah itu jauh lebih hebat dan tidak terjangkau oleh pemikiran kita…Trust
me!!
3. Husnuzon (Berbaik sangka).
Husnuzon merawat hati yang sakit. Hati
yang sakit macam mana? Suuzon (buruk sangka)…Macamana kita nk bahagia kalau
hati kita pun x sihat...betul tak?? Orang senyum dikata gatal, orang diam
dikata sombong, orang rajin dikata riak…banyak lagilah yang buruknya… :’(
Tanamkan sikap husnuzon dan amalkan dalam
kehidupan seharian kita kerana ia akan melahirkan sikap tawaduk (rendah hati)
dan tasamuh (toleransi) sekaligus mengeratkan hubungan sesama manusia dan juga
hubungan dengan Allah...Kan mendatangkan bahagia tu... :)
4. Bersifat pemaaf.
Dalam
banyak-banyak tips tadi, inilah perkara yang paling susah kita nak buat kan… Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri
sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam
keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan
sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Bagi
orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan
perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar
dengan provokasi yang menekan dirinya.
Banyak
masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas
dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan
disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.
Sifat
pemaaf adalah sifat ahli-ahli syurga. Memang susah kita nak lupa pada orang
yang telah menganiaya kita. Tetapi kita perlu cuba untuk memaafkan mereka.
Memaafkan bukan bererti mengalah, tetapi memaafkan bererti kita mendahulukan keredhaan
Allah. Kita memaafkan kerana kita mahu hidup kita dilimpahi dengan keredhaan
Allah, supaya kita tergolong di kalangan mereka yang diredhai dan dicintai oleh
Allah. Biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang…Kita tak perlu
membalas, kerana janji Allah setiap perbuatan ada balasan yang Allah dah
sediakan… wallahu a’lam…Sekian…
Artikel ditulis oleh :