Monday, 22 December 2014

Tips Bahagia Cara Saya :)


Jika seseorang bertanya kpd sy, adakah sy bahagia, sudah tentu sy akan menjawab "YA, SAYA SANGAT BAHAGIA"...

"Bahagia itu adalah suatu ketenangan...kesannya zahir rupanya maknawi"-petikan Hakikat Bahagia _ UNIC

Bahagia itu dari dalam diri, ada dalam hati, dan bersinar di dalam jiwa...
Memang betul....bahagia itu lahir dari hati yang tenang...
So, apa yang membuatkan sy sentiasa bahagia?

 Ini dia 4 Tips Bahagia Cara Saya... :)

1.   Bersyukur dengan nikmat.

Setiap kali Allah memberikan nikmat kpd kita, tidak kiralah dlm apa jua bentuknya, jgn lupa untuk bersyukur kepada-Nya. Lebih banyak nikmat yang Allah kurniakan kpd kita, semakin rajinlah beribadat, berzikir memuji dan mengingati  Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. Jangan angkuh bila kita senang, ingat, rezeki itu datangnya dari Allah, tanpa izin Allah, apa-apa nikmat pun tidak akan sampai kepada kita.

2.   Bersabar dengan musibah.

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita.

Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Malah, sy percaya bahawa apabila Allah memberikan musibah yang berat, sesungguhnya Allah hendak memberikan suatu nikmat yang besar sebagai gantinya…Begitu juga apabila kita mencintai seseorang dan cinta itu tidak kesampaian, percayalah sesungguhnya Allah telah mentakdirkan seseorang yang terbaik untuk kita…  

Kita merancang, Allah juga merancang…tetapi perancangan Allah itu jauh lebih hebat dan tidak terjangkau oleh pemikiran kita…Trust me!!

3.    Husnuzon (Berbaik sangka).

Husnuzon merawat hati yang sakit. Hati yang sakit macam mana? Suuzon (buruk sangka)…Macamana kita nk bahagia kalau hati kita pun x sihat...betul tak?? Orang senyum dikata gatal, orang diam dikata sombong, orang rajin dikata riak…banyak lagilah yang buruknya… :’(

Tanamkan sikap husnuzon dan amalkan dalam kehidupan seharian kita kerana ia akan melahirkan sikap tawaduk (rendah hati) dan tasamuh (toleransi) sekaligus mengeratkan hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan Allah...Kan mendatangkan bahagia tu... :)

4.   Bersifat pemaaf.

Dalam banyak-banyak tips tadi, inilah perkara yang paling susah kita nak buat kan… Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sifat pemaaf adalah sifat ahli-ahli syurga. Memang susah kita nak lupa pada orang yang telah menganiaya kita. Tetapi kita perlu cuba untuk memaafkan mereka. Memaafkan bukan bererti mengalah, tetapi memaafkan bererti kita mendahulukan keredhaan Allah. Kita memaafkan kerana kita mahu hidup kita dilimpahi dengan keredhaan Allah, supaya kita tergolong di kalangan mereka yang diredhai dan dicintai oleh Allah. Biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang…Kita tak perlu membalas, kerana janji Allah setiap perbuatan ada balasan yang Allah dah sediakan… wallahu a’lam…Sekian…



Artikel ditulis oleh :           
Cik Ayu (^,^)               

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...