Monday, 24 October 2011

Nujum Pak Belalang

Aku baru jer tengok cerita ni tadi...lawak ar...
tu la.. cerita dulu-dulu ni kalau dah lama tak ditonton, memang seronok...
aku bukan nak cakap apa lah, cerita-cerita yang dibuat oleh Tan Sri P.Ramlee semuanya sedap belaka...tengok berapa kali pun tetap tak muak...
walaupun kadang-kadang bila tengok ceritanya macam agak mengarut, tapi kalau dihayati betul-betul, setiap satu kisah itu ada pengajarannya, ada tauladannya di samping berjaya menghiburkan para penonton.

Macam cerita Nujum Pak Belalang ni, ia mengisahkan tentang ayah yang malas dan anak yang rajin. Itu kalau dilihat secara umumlah... Tapi kalau dilihat dan diperhatikan betul-betul, ia bukan sahaja mengisahkan tentang dua karektor bapa dan anak yang berbeza, bahkan turut diterapkan nilai murni dalam masyarakat melayu dan juga Islam iaitu menghormati ibu bapa, menjadi anak yang taat. 

Nujum Pak Belalang ditunjukkan dengan jelas sangat beruntung kerana mempunyai seorang anak yang taat, perajin dan ikhlas dalam membantu mencari rezeki (walaupun bapaknyer x keje :D )

So, the conclusion of this story, seburuk manapun bapak/ayah/abah/baba/papa/daddy kita, hormatilah mereka...sayangilah mereka...
dan
ikhlaslah dalam setiap pertolongan yang kita berikan kepada mereka a.k.a. jgn merungut!
sebab
mereka tak pernah merungut betapa susah nak membesarkan kita yang memang banyak menyusahkan ibu bapa kita (sama ada sengaja atau tak sengaja)

I LOVE YOU
MOM & DAD
MUAHHHHHHHH........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...