Wednesday, 16 November 2011

Bald Eagles - Wild and Unique



An enduring hallmark of wilderness greets the Alaska dawn. Mostly secure in their longtime strongholds of Alaska and Canada, bald eagles are now on the rise in the lower 48 states.


They ruled the skies on seven-foot wingspans when 17th-century Europeans arrived in North America.

A bald eagle's nest may reach ten feet across and stenty feet deep.

A lone eagle greets a frosted November dawn on the Chilkat River near Haines, Alaska. A preserve protects the few hundred birs that live here year-round, but thousands more arrive each fall to feast on spawning salmon.

There's a few pictures of this wild and unique creature...Check it out...





LAGU PLKN YANG LAMA DAN BARU

teringat dulu time duk kat plkn KEM ULU PARI AQUA VILLAGE, REMBAU...seronoknya... walaupun cuma 3 bulan, rasa macam tak nak balik dah... bila aku terjumpa balik ngan lirik lagu plkn lama ni... rasa terubat juga lah rindu kpd memori-memori indah bersama kengkawan ku yang happy-go-lucky.. Susah betul nak cari lagu ni...jumpa lirik jer.. mp3 pun takde..

LAGU PLKN (LAMA)

Kami anak- anak Malaysia
pelbagai bangsa pelbagai budaya
kami sehati sejiwa
berganding tangan demi negara
Malaysia negaraku yang indah
aman sentosa negara maju jaya
kami sedia menyumbang tenaga
demi kedamaian negaraku tercinta
minda tinggi teknologi terkini 
tegakkan jati diri tak tersisih
kami sahut cabaran dunia
warga remaja generasi berjaya
minda tinggi teknologi terkini 
tegakkan jati diri tak tersisih
kami sahut cabaran dunia 
warga remaja generasi berjaya
kami anak-anak Malaysia
bersepadu menghadapi segala
kami sehati sejiwa 
berkhidmat demi negara 
kami generasi
kami generasi 
berjayaaaaaaa

-END-
Yang di bawah ini pula lagu plkn yang baru..tapi aku tak sempat pun dengan lagu ni...
WIRA WIRAWATI

-->
Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan

Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia

Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama

Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan

Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandingan
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!

Friday, 4 November 2011

Fenomena Badak???


Badak??? Separuh orang sangat sensitif apabila dikaitkan dengan badak...hahaha....
Kenapa ya??? Adakah anda salah seorang daripada orang yang tersensitif tu??
Adakah badak itu bersalah apabila dikaitkan dengan anda?
Sila komen... :D XD XDD

Monday, 24 October 2011

Nujum Pak Belalang

Aku baru jer tengok cerita ni tadi...lawak ar...
tu la.. cerita dulu-dulu ni kalau dah lama tak ditonton, memang seronok...
aku bukan nak cakap apa lah, cerita-cerita yang dibuat oleh Tan Sri P.Ramlee semuanya sedap belaka...tengok berapa kali pun tetap tak muak...
walaupun kadang-kadang bila tengok ceritanya macam agak mengarut, tapi kalau dihayati betul-betul, setiap satu kisah itu ada pengajarannya, ada tauladannya di samping berjaya menghiburkan para penonton.

Macam cerita Nujum Pak Belalang ni, ia mengisahkan tentang ayah yang malas dan anak yang rajin. Itu kalau dilihat secara umumlah... Tapi kalau dilihat dan diperhatikan betul-betul, ia bukan sahaja mengisahkan tentang dua karektor bapa dan anak yang berbeza, bahkan turut diterapkan nilai murni dalam masyarakat melayu dan juga Islam iaitu menghormati ibu bapa, menjadi anak yang taat. 

Nujum Pak Belalang ditunjukkan dengan jelas sangat beruntung kerana mempunyai seorang anak yang taat, perajin dan ikhlas dalam membantu mencari rezeki (walaupun bapaknyer x keje :D )

So, the conclusion of this story, seburuk manapun bapak/ayah/abah/baba/papa/daddy kita, hormatilah mereka...sayangilah mereka...
dan
ikhlaslah dalam setiap pertolongan yang kita berikan kepada mereka a.k.a. jgn merungut!
sebab
mereka tak pernah merungut betapa susah nak membesarkan kita yang memang banyak menyusahkan ibu bapa kita (sama ada sengaja atau tak sengaja)

I LOVE YOU
MOM & DAD
MUAHHHHHHHH........

Natrah dan jati diri melayu


Saya terbaca dalam sebuah buku, dewan masyarakat kalau tak silap, berkenaan dengan kisah kehidupan Natrah. Natrah yang telah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 yang lalu.
Pengorbanan dan segala penderitaannya dalam mempertahankan aqidahnya sebagai seorang muslimah tercatat kemas dalam pelbagai versi makalah sama ada di internet, majalah, akhbar, buku-buku ilmiah dan dalam penyampai elektronik yang lain.

Jika dibandingkan dengan Natrah, seperti yang telah diketahui umum bukan seorang MELAYU, sanggup bermati-matian mempertahankan agamanya, cukup menyerlahkan KERUGIAN kita dari segi KEIMANAN

Kekentalan IMAN kita, orang MELAYU berjaya dicairkan oleh BARAT dan yang seangkatan dengan mereka, hasil kajian mereka yang tidak pernah jemu untuk memunahkan umat Islam. Mereka berjaya melalaikan kita, orang MELAYU, dengan hiburan dan gaya hidup yang mewah. Gerakan mereka halus, bersistematik dan berlapikkan nilai komersial. Kita, orang MELAYU menjadi manusia canggih tetapi nilai keimanan yang kita miliki semakin lemah. orang yang bersuara tentang keimanan dan keperluan kepada kekuatan iman dipandang sepi dan dianggap kolot. Patutkah kita, orang MELAYU, yang sedari lahirnya ke dunia dalam keadaan beriman kepada Allah, beragama Islam, menghina dan memperlekehkan mereka yang memperingatkan kita kepada Allah?

Kalau dulu Natrah menangis dan merayu-rayu tidak mahu dimurtadkan, kini gadis MELAYU dengan rela menjerit dan menangis-nangis untuk murtad.

Cukuplah kita kerugian dan kehilangan Natrah. Dalam terang-terangan kita dihina dan dihenyak oleh mereka yang ingin menghancurkan umat Islam. Kawan-kawan, marilah kita kembali kepada Allah...

Friday, 14 October 2011

Globe Music Box Kesayanganku

Globe ni aku beli sendiri, pakai duit sendiri..hahaha..bukan boyfriend tau!
aku beli kat living cabin giant senawang...gara-gara pengaruh cerita My Girl...almaklumlah aku ni fanatik cerita korea... apapun aku puas hati dan serook sangat-sangat dapat beli globe ni...siap bawak gi kerja..letak atas meja, walaupun atas meja aku dah penuh ngan buku.. :)

  -->

Wednesday, 12 October 2011

Oldies Song

Sekarang ni aku tengah demam minat oldies...
minat sangat...best...
lebih-lebih lagi kalau ELVIS PRESLY...


kat bawah ni antara lagu-lagunyer yang aku suker...
Only You 
My Way 
Always On My Mind 
I can't help falling in love with you 
Jailhouse Rock 
Suspicious Minds
Its now or never 


try la bukak...bagi yang dah selalu layan lagu2 urban, try la ubah selera sekali sekala...best....so romantic...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...