Thursday 23 August 2012

Belas kasihan tanda sayang :)


Pernah rasa kasihan pada seseorang?? atau sesiapa??

Kalau ada, bagus!! kalau tak de, cubalah latih diri untuk berasa kasihan pada orang lain, ataupun makhluk lain.

Secara teorinya, apabila kita kasihan kepada seseorang, sedikit demi sedikit perasaan sayang itu hadir dgn sendiri, atau dengan kata lain, perasaan belas kasihan dan sayang itu berjalan seiringan...cam bayang-bayang... :)

Malah, Allah telahpun memberikan garis panduan kepada kita bahawasanya untuk menjadi orang yang beriman kita mestilah belas kasihan dan sayang kepada saudara kita, tidak kiralah kaum kerabat atau hanya saudara seagama, sepertimana yang telah tercatat dalam hadis :

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. 

So, in the end of story, saya nk pesan....

Jadilah orang yang penyayang,
sebab Allah sayang pada orang yang penyayang... ^,^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...