Wednesday, 21 May 2014

Bila Cik Ayu cerita pasal kahwin... ^,^

Ayyaaiii,, Assalamualaikum....

Lama betol Cik Ayu ni tak update blognyer yang dah mula bersawang ni...ahaaiii...malas yer??

Bukan malas, cuma bz skit... baru jer menghabiskan criter korea Baker King Kim Tak Gu Ahad yg lepas :D

Mesti pelik kan kenapa tetibe pulak Cik Ayu yg Brutal nih nak criter pasal kawen... ye dak...

Dah gatai ka?? Bukan gatal yer... cuma tetibe teringat... so, what's the problem? I'm not getting any younger ok...

Sebenarnya sy dating ngn pakcik GOOGLE tadi...search pasal doodles... al-maklumlah... sy ni tengah demam doodles... klo dapat pen sebatang ngn kertas, bos lalu kt sebelah pon sy dah x perasan dah (mintak ampun bos ^.^). Pastu, dh puas cuci mata tengok doodles yang cun2, sy pon search pulak pic kawen, dalam banyak-banyak tu, sy tertarik kat 1 pic nih....


Rasa2 korang boleh baca kan apa yang ditulis kt Kosmo ni? Tahun lepas punya kalo x silap...

RAMAI MEMBUJANG LANTARAN HANTARAN MAHAL
(Nilai anak dara berkelulusan ijazah boleh mencecah RM50,000)

WoWWWoowwWWW

Hebat!! Tahniahlah sapa yang berjaya dapatkan hantaran banyak tu... Muhasabahlah diri sikit Cik-Cik Gadis Melayu sekalian alam Malaysia... Nak kawen ke nak berjual beli??

Hantaran 50k tapi kawen 5 bulan... berbaloi ke? Bukan mendoakan , tapi itulah realiti kebanyakan situasi alam perkahwinan di Malaysia dewasa kini. Kena ingat, perkahwinan itu adalah ibadah, alangkah manisnya kalau perkahwinan itu mudah lagi dipermudahkan...

Teringat pula ketika sy join debat mujtahid di DPI dulu... Salah 1 hujah yg sy tampilkan sebagai sebab utama mengapa ramai lelaki lebih selesa untuk membujang atau berkahwin lambat adalah kerana jumlah hantaran yang terlalu mahal....macam keje sampai mati pon belum tentu dapat kawin... dalam situasi sekarang, upah benar yg semakin mengecil, harga minyak naik, barang naik, cukai naik, rumah naik... ishhh... bukan sy nak mengada-adakan cerita...tapi itulah fakta...

Pernah seorang kawan bertanya kepada sy, bagaimana perkahwinan impian awak??

Sy jawab, sy nak suami soleh, bijak dan bla bla bla (rahsia ^,^)

Kawan sy kata, bukan itu maksudnya, maksud dia kenduri perkahwinan impian...

Oooo...jawab sy, sy nak kenduri serba sederhana, kenduri doa selamat pon it's OK... tak de pelamin pon xpe, xyah bersanding, xnak ade karaoke, paling-paling pun ada group Qasidah pun OK dah...kalau boleh nak bertunang kejap pagi tu, tengahari akad nikah terus...huUuUuUuU... panjang lebar sy terangkan sambil senyum sampai ke telinga.... besnyer kawin (sempat lagi berangan tu)

Buntang kejap bijik mata kawan tuh...siap buat mimik muka "biar betul ko nih??"

Serius, sy tak main-main... sy pernah tanya pada ayah sy, boleh tak kalo sy nak kenduri yag macam tu time sy kawin 1 hari nanti... ayah sy kata...lagi bagus... kawin nak kan keberkatan daripada Allah, bukannya nak kan gahnya kenduri kawin tu... kenduri kecik orang mengumpat, kenduri besar pon  orang mengumpat...

hoOhoO... kembang kempis idung I... berbunga-bunga hati ni bila hajat direstui... hahahahaha (berangan lagi tu.... cukup-cukuplah... adehh)


Cak...Cakk...Cakkkk... XDD

hahaha... tengok nama sape kat kad kawen tu... hehe...

bukan sy punya tu... kebetulan pulak, entah budak mane entah duk upload cikgu dorang punya kad kawen...
kebetulan pulak tu, cikgu dorang pon nama sama Cikgu Idayu... :D

Saje upload kat sini pulak, comel sangat doodle pengantin kat kad kawen nih... <3


Bubye-CikAyuSweetSelalu...
Perasannyer lah aii... (^,^) 



Wednesday, 2 April 2014

Diarrhea Causes and Treatments

Actually, I've got diarrhea, so because of that, i'm seaching for the information about it...huhu... <<upset stomach>>

Diarrhea describes bowel movements (stools) that are loose and watery. It is very common and usually not serious. Many people will have diarrhea once or twice each year. It typically lasts two to three days and can be treated with over-the-counter (OTC) medicines. Some people have diarrhea often as part of irritable bowel syndrome or other chronic diseases of the large intestine.
Doctors classify diarrhea as "osmotic," "secretory," or "exudative."
What Causes Diarrhea?
The most common cause of diarrhea is a virus that infects the gut. The infection usually lasts for two days and is sometimes called "intestinal flu" or "stomach flu." Diarrhea may also be caused by:
  • ·         Infection by bacteria (the cause of most types of food poisoning)
  • ·         Infections by other organisms
  • ·         Eating foods that upset the digestive system
  • ·         Allergies to certain foods
  • ·         Medications
  • ·         Radiation therapy
  • ·         Diseases of the intestines (Crohn's disease, ulcerative colitis)
  • ·         Malabsorption (where the body is unable to adequately absorb certain nutrients from the diet)
  • ·         Hyperthyroidism
  • ·         Some cancers
  • ·         Laxative abuse
  • ·         Alcohol abuse
  • ·         Digestive tract surgery
  • ·         Diabetes
  • ·         Competitive running

Diarrhea may also follow constipation, especially for people who have irritable bowel syndrome.
What Are the Symptoms of Diarrhea?
Symptoms of diarrhea can be broken down into uncomplicated (or non-serious) diarrhea and complicated diarrhea. Complicated diarrhea may be a sign of a more serious illness.
Symptoms of uncomplicated diarrhea include:
  • ·         Abdominal bloating or cramps
  • ·         Thin or loose stools
  • ·         Watery stool
  • ·         Sense of urgency to have a bowel movement
  • ·         Nausea and vomiting

In addition to the symptoms described above, the symptoms of complicated diarrhea include:
  • ·         Blood, mucus, or undigested food in the stool
  • ·         Weight loss
  • ·         Fever

Contact your doctor if you have prolonged diarrhea or a fever that lasts more than 24 hours. Also see your doctor promptly if vomiting prevents you from drinking liquids to replace lost fluids.
How Is Diarrhea Treated?
If you have a mild case of diarrhea, you can just let it run its course, or you can treat it with an over-the-counter medicine. Common brand names include Pepto-Bismol, Imodium A-D, and Kaopectate, which are available as liquids or tablets. Follow the instructions on the package.
In addition, you should drink at least six 8-ounce glasses of fluid per day. Choose fruit juice without pulp, broth, or soda (without caffeine). Chicken broth (without the fat), tea with honey, and sports drinks are also good choices. Instead of drinking liquids with your meals, drink liquids between meals. Drink small amounts of fluids frequently.



Love sharing knowledge

Wednesday, 26 March 2014

Kronologi Peristiwa Akhir Zaman

1. Munculnya Imam Mahdi
  • Sebelum kemunculannya, dia tidak mengetahui dirinya Imam Mahdi
  • Dia akan mengalami transformasi diri dalam satu malam.
  • Imam Mahdi dibai'ah oleh umat Islam di Masjidil Haram

2. Munculnya Dajjal

  • Dajjal akan menjarah di merata pelosok muka bumi kecuali Makkah dan Madinah.
  • Tentera Imam Mahdi terkepung oleh gerombolan tentera Dajjal yang terdiri daripada 70 ribu orang yahudi dan bangsa lain.
  • Pada hari-hari terakhir penjarahannya, Dajjal kehilangan kesaktiannya selepas membunuh seorang lelaki Mukmin ( Nabi Khidir).

3. Turunnya Nabi Isa a.s.

  • Nabi Isa akan menjadi makmum solat di belakang Imam Mahdi.
  • Baginda mengikut syariat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam.
  • Nabi Isa a.s. akan berhadapan dengan Dajal dan membunuhnya.
  • Nabi Isa a.s. membunuh orang Yahudi, pengikut dajal, mematahkan salib dan membunuh khinzir.

4. Keluar Yakjuj dan Makjuj.

  • Tugasnya akan membuat kerosakan di bumi.
  • Nabi Isa a.s. bersama umat Islam terkepung di Bukit Tursina.
  • Turunnya wabak yang membunuh Yakjuj dan Makjuj berkat doa Nabi Isa a.s
  • Munculnya burung-burung yang mengangkut mayat Yakjuj dan Makjuj ke tempat yang tidak diketahui.
  • Hujan akan turun untuk membersihkan muka bumi.

5. Dunia Aman.

  • Dunia menjadi aman di bawah pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s
  • Wafatnya Imam Mahdi
  • Nabi Isa a.s menyambung pemerintahan.
  • Nabi Isa wafat di Madinah dan dimakamkan di sebelah makam Rasulullah sollallahu alaihi wassalam.
  • Dunia diperintah sementara oleh khalifah bergelar al-Muq'ad daripada Bani Tamim.

6. Mulanya episod kehancuran bumi.

  • Matahari akan terbit dari barat.
  • Tertutupnya pintu taubat.
  • Muncul binatang ganjil di Makkah pada pagi yang sama.
  • Al-quran diangkat pada satu malam
  • Kaabah akan diruntuhkan ketika tiada lagi yang bertawaf

7. Muncul Asap Tebal

  • Asap tebal memenuhi seluruh bumi selama 40 hari.

8. Bertiupnya angin dari Negara Yaman

  • Tiupan angin lembut ini akan mematikan semua orang beriman walaupun iman sebesar zarah.
  • Bumi dihuni orang yang tidak mengenal Allah yang akan hidup seperti binatang yang tiada rasa malu.
  • Tiada lagi orang yang menyebut nama Allah di bumi

9. Gempa Bumi

  • Berlaku gempa bumi yang dahsyat di timur, barat dan semenanjung arab yang menenggelamkan ramai manusia ke dalam perut bumi.

10. Sangkakala Pertama ( nafkhatul faza')

  • Tiupan sangkakala dari Malaikat Israfil diikuti dengan keluarnya api besar dari arah Yaman menghalau manusia menuju tempat kebinasaan.

11. Sangkakala Kedua ( nafkhatul sha'q )

  • Tiupan sangkakala kedua menandakan berlakunya kiamat
  • Tiupan ini mematikan semua makhluk bernyawa termasuklah    Malaikat Israfil dan Malaikat Izrail
  • Makhluk yang tidak binasa.
    • Arasy
    • Kursy
    • Luh Mahfuz
    • Qalam
    • Syurga dan neraka
    • Pelayan Syurga
    • Roh
    • Jasad nabi dan para syuhada
    • Sulbi manusia
  • Langit terbelah
  • Bumi bergoncang kuat
  • Gunung ganang berterbangan
  • Matahari digulung
  • Bintang-bintang berselerakan

12. Tiupan Sangkakala Ketiga ( Nafkhatul ba'st )

  • Malaikat Israfil dihidupkan semula selepas 40 tahun kiamat berlaku.
  • Malaikat Israfil meniup sangkakala ketiga.
  • Dengan tiupan itu, Allah menghidupkan semula semua manusia dan jin.

13. Padang Mahsyar.
  • Muncul api besar menghalau manusia dan jin ke tempat perhimpunan, Padang Mahsyar.
  • Padang Mahsyar, tempat perhimpunan terbesar dan perbicaraan seluruh manusia.

Begitulah serba ringkas kronologi hari kiamat. Walaupun dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kegerunan tapi percayalah semua nabi mengajar kepada umatnya tentang satu doa iaitu doa minta lindung dari fitnah dajal.

Semoga kita mendapat iktibar..
waallahu a'lam..


Rujukan :- 

  • Majalah Q & A isu 16
Ilmu itu perlu dikongsi........


3 Hal Dalam Hidup Yang...


Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan

Ø Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg : 
1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang : 
1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran

Ø Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang 2. Cinta 3. Kebaikan

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti : 
1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. Mimpi

Ø Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg : 
1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras

Ø Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus

Ø Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 2. Umur 3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI : 
1. Tua 2. Sakit 3. Kematian.


Ilmu itu perlu dikongsi

Friday, 21 March 2014

Why Should Muslim Women Wear Hijab?

Hijab, or veil, takes the center stage whenever there is battle between truth and falsehood. It has always been a sensitive issue, but it recently received a great deal of attention due to legislation and proposed legislation in several European countries (e.g., France, Germany) that ban its use in government institutions as well as educational institutions. For women who wear hijab out of religious conviction, the truth is obvious and indisputable. For others with limited knowledge or understanding of Hijab, it can be confusing.
          It is important to understand several points related to hijab and modesty. The first point is that modesty had been the norm in history, up until the later part of the past century. If one were to peruse historical books of various times and ages, one would find modest covering of women in almost every society. The other point is that modesty is a component in several world religions, particularly in Judaism, Christianity, and Islam. It may come as a surprise to many that it was not Islam that invented modesty or hijab. This existed in the laws of religions revealed before Islam, and remnants can still be found in the altered books of those faiths. With the final message given to Prophet Muhammad (peace be upon him), the order for Hijab was confirmed and finalized.
          This is a reality since all of those revelations came from the same Source, Allah. Mary, mother of Jesus (may Allah exalt their mention), is rarely depicted without a traditional head-covering and one would assume her to be Muslim. (Which, of course, she was.) One can still find both Jewish and Christian women today who cover in much the same way as Muslim women. It is one of the common bonds that are shared by these three major faiths.
More than a religious symbol
​Hijab represents a woman’s submission to her Creator and her connection with the faith. While referring to it, Allah Almighty says: “That is more suitable that they will be known...” But, while hijab is a symbol, in reality it is much more than that. The following purposes and functions of hijab will clarify this point.
         Hijab is a test for the Muslim woman. It is clear from the Qur’an and the Hadiths that hijab is a religious obligation, which a woman has to undertake. There is no scholarly difference on this point and the Muslim Ummah has applied it for over 14 centuries. When a Muslim woman wears hijab she is obeying and submitting to Allah. The following verses of the holy Qur’an refer to the obligatory nature of hijab: “And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which (necessarily) appears thereof and to wrap (a portion of) their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.” [Qur’an, 24:31)
          Also Allah says: “O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to bring down over themselves [part] of their outer garments. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever is Allah Forgiving and Merciful.” (Qur’an, 33:59) . A woman who wears hijab liberates herself from the vain and selfish desire to show off her beauty and to compete with other women around her.

          This is an innate desire that is exacerbated by wanton display and tamed by modesty and covering. With the hijab, a woman does not have to live up to society’s expectations of what is desirable, and she no longer has to use her beauty to obtain recognition or acceptance from those around her.
          In the chapter of Al-Ahzaab mentioned above, Allah Almighty Says what means “That is more suitable that they will be known and not be abused.” Thus, one of the functions of hijab is to protect women from abuse and harm. This particularly includes various forms of sexual abuse and harassment, which are prevalent in societies in which few women cover. Men often get mixed signals and believe that women want their advances by the way they reveal their bodies. The hijab, on the contrary, sends a signal to men that the wearer is a modest and chaste woman who should not be annoyed.
Letih ooo...penat otak baru lepas exam... ^,^

Friday, 14 March 2014

Hikmah Perceraian Dalam Islam

Sekadar perkongsian ilmu untuk manfaat kita bersama...

Tidak ramai yang mampu menghadapi perceraian dengan hikmah, sebaliknya dianggap azab dan musibah. Setiap perceraian pasti membuatkan seseorang itu terluka dan sedih dengan kejadian yang menimpanya.

Ada kalanya perceraian itu menjadi wajib kerana memberi maslahat dan keperluan buat pasangan terbabit bagi membina sebuah kehidupan baru atau sebagai satu proses pemulihan serta peluang untuk memperbaiki diri.

Persoalan yang mungkin timbul di benak kita ialah apakah itu hikmah? Hikmah bermaksud bijaksana, tepat dan menepati kehendak ALLAH. Ini seperti mana sebahagian ulama menyebut bahawa hikmah itu ialah sunnah.

Memperoleh perceraian yang hikmah

1.  Sabar ketika menerima lafaz cerai - Pelbagai gelagat mereka ketika menerima lafaz cerai buat pertama kali. Ada yang tersungkur, ada yang terjatuh, ada yang pengsan, ada yang terduduk, ada yang tidak dapat mengawal perasaan. Namun begitu, ada yang tersenyum setelah bercerai dengan pasangannya.

Orang seperti ini juga gagal mendapatkan hikmah daripada perceraian. Mengapa? Kerana tiada apa yang mereka peroleh daripada perceraian itu melainkan menambah dosa.

Manakala bagi kebanyakan orang, perceraian itu benar-benar menjadi penamat kebahagiaan dan perampas kegembiraan rumah tangga yang selama ini dikecap bersama. Maka, tiada daya dan upaya bagi seseorang itu melainkan hendaklah dia bersabar sewaktu menghadapi perceraian. Islam mengajar umatnya untuk bersabar.

ALLAH berfirman: "KAMI sungguh akan menguji kalian dengan rasa takut, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berilah khabar gembira bagi orang yang sabar, yakni orang yang bila ditimpa oleh musibah, maka mereka berkata: ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un’ (sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan sesungguhnya kami akan kembali kepada-NYA).

Mereka itulah yang berhak mendapatkan salawat (keselamatan) daripada TUHAN mereka dan rahmat dan merekalah orang yang mendapatkan petunjuk." (Surah Al-Baqarah: 155-157)

ALLAH dan Rasul mengajar ucapan ini apabila ditimpa musibah: Innalillahiwa’inna ilaihirajiun (sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan sesungguhnya kami akan kembali kepada-NYA) - Apabila menyedari bahawa segala-galanya sudah ditakdirkan dan kita telah berusaha dengan sehabis baik, maka ketika itu apa sahaja yang berlaku adalah takdir yang tiada dapat diubah. Maka, tugas kita adalah beriman, bertawakal dan reda sahaja dengan apa yang berlaku.

2.  Bersikap positif dengan perceraian -  Kegagalan rumah tangga atau bercerai tidak selalunya buruk. Sering kali kegagalan itu membawa kebaikan dan manfaat kepada kita. Cumanya  sebagai hamba, kita gagal mengetahui apa yang terbaik untuk diri sendiri.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Sikap terbaik ketika menghadapi perceraian adalah sentiasa berfikiran positif dan optimis bahawa kemungkinan kegagalan ini adalah satu peluang untuk diri kita.

3.  Kegagalan adalah peluang - Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang diingini oleh ALLAH akan kebaikan, maka diujinya dengan musibah." (Riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Hadis riwayat Suhaib menyatakan bahawa Rasulullah  bersabda yang bermaksud: "Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman.

Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya, maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar, lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya." (Riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad)

4.  Mengatur perancangan dan melakukan muhasabah - Tindakan paling penting selepas perceraian adalah memastikan ia tidak berulang dan dijadikan pengajaran.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang beriman tidak akan disengat dua kali di lubang yang sama." (Riwayat Muslim)

Sebagai Muslim, berfikir sebelum berbuat sesuatu merupakan perintah daripada al-Quran dan sunnah. Islam mengajar kita supaya mempertimbangkan antara yang baik dan buruk. Ingatlah... agama ini datang dengan membawa konsep menolak mafsadat (kerosakan).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa bertaubat." (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Penyesalan di atas kesilapan kita yang membawa kepada kegagalan adalah dibolehkan jika ia dibuat secara positif dan memberi manfaat kepada agama. Namun, ia bukanlah bermaksud keluhan dan kesedihan yang tiada berpenghujung serta membuang masa.

5.  Kembali berusaha dan lebih berkualiti - Bagi yang bijak dan memahami agama dengan kefahaman yang sahih, mereka akan segera kembali bekerja serta berusaha dengan lebih gigih, berhati-hati dan mengambil pengajaran daripada kesilapan untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan.

Biarlah orang memandang rendah kepada kita di atas kegagalan lalu. Sebabnya mudah... kerana jika benar-benar sudah belajar daripada kesilapan dan kegagalan, insya-ALLAH kita tidak lagi akan dihina atau dipandang rendah di sisi-NYA

Ilmu itu perlu dikongsi...

Wednesday, 12 March 2014

Encik Bantal, You Are The Best!! (:

Selepas beberapa hari aku duk merungut dan bersedih atas pemergian Encik Bantal aku, dan penatlah roomate aku terpaksa tadah telinga mendengar omelan aku setiap hari sebab susah nak tido malam, at last...

He is come back to me!!Yeay!!!

Encik Bantal ni macam tau-tau aje yang aku ni duk rindukan dia setiap hari...hohohohoo

Pelik jugak sebenarnya, balik dari exam, sekali lagi aku tengok bilik kitorang dah pun dikemaskan oleh akak cleaner, n tetibe Encik Bantal dah ade kat atas katil aku!!!

AKU SENYUM SAMPAI KE TELINGA!!

Seronok giler...

Thanks akak clearner...kerana memulangkan semula kekasih hatiku.... <3 (:


Cik Ayu yg masih belum berhenti senyum,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...