Wednesday, 2 January 2013

Hamba & Hati yang Redha


Kitalah hamba
Tumpang bernaung di bawah rahmat-Nya
Tumpang berteduh di atas bumi-Nya
Jiwa hamba
Jelasnya sangat rapuh
Sangat lemah
Taatkah kita kepada al-Khaliq?
Sedarlah diri wahai hamba
Resminya kita ini hamba 
Hanya menurut kepada al-Khaliq.

Kita hamba yang miliki hati yang angkuh
mendabik bangga
melantangkan diri
"Akulah hamba Allah yang paling mulia
di antara hamba yang lain,
aku sentiasa taat perintah-Nya,
aku laksanakan segala suruhan-Nya."

Tanyalah kembali pada hatimu
Benarkah engkau mulia?
Tatkala engkau diuji
Apakah engkau redha?
Lalu ku cuit hati angkuh ini
Patahkan keangkuhanmu wahai hati
Tatkala engkau ditimpa musibah
Seringkali kau persoal
Mengapa diriku diuji
begitu dan begini?
Tidak malukan engkau
mengaku diri hamba mulia?

Hamba mulia itulah kekasih Allah
yang berjiwa tenang
kerana hidup sentiasa redha...
Qada' dan qadar rahsia Allah
Ianya mendidik, itulah tarbiyyah.
Allah mencatur setiap perbuatan manusia
DIA di sebalik tabir
setiap peristiwa...

Kekasih Allah itulah
yang sentiasa yakin
Cubitan dari Yang Maha Penyayang
selamanya lebih harum dan manis
daripada ribuan bunga
dan selautan madu... :)

Ilmu itu harus dikongsi,
~  Cik Ayu  ~

Thursday, 20 December 2012

Istikharah untuk jodoh terbaik_Ustaz Azhar Idrus

Cyberjaya ~ Home Sweet Home!!!

Home sweet home!!!

ho0ho0ho0...

Finally... Cyberjaya... I'm back....

satu kelegaan yang amat sangat...akhirnya aku posting ke Cyberjaya semula...huhu...terharu...

Seronok tak terkata... so, I can meet my beautiful girlfriends again!! hihi...

Yo, friends!! Let's hangout ya!! :)


With  love, 
~ Cik Ayu ~ 


Beginikah hari yang membosankan??? +.+"

Ho0ho0ho0.....

Baru pas menonton cerita Istanbul Aku Datang untuk kali ke 4....ho0ho0... tetibe teringin pulak nak update blog...

Whateverlah kan....huhu...aku sangat boring...berapa hari lagi aku nak lalui hari-hari yang sangat membosankan ni...o0o00o0o0o0...tolonglahhhh...

Apa nak buat bila boring begini?? Mula rasa cam nak buat benda2 mengarut... cerita pon aku tak habis tengok lagi tadi sebenarnya, pause kejap sebab nak dengar kengkawan aku borak... pasang telinga... slumber jer... :D

penyib0k...

apepon... i really miss my friends... really want to hangout together... misS u.. miSs u.. miSs.... 

bye.. :)


With Love, 
 ~ Cik  Ayu ~

Wednesday, 19 December 2012

Jadual gaji kakitangan awam 2013


jangan salahkan aku klo bende ni salah tau... aku copy jadual ni dari blog orang tau...jujurnyer aku ni...hahaha

BULANTARIKHNOTA
Januari23 Januari 2013 (Hari Rabu)
Februari*25 Februari 2013 (Hari Khamis)Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2013
Mac25 Mac 2013 (Hari Isnin)
April25 April 2013 (Hari Khamis)
Mei23 Mei 2013 (Hari Khamis)Pesta Menuai : 30 & 31 Mei 2013
Jun* 25 Jun 2013Hari Gawai : 1 & 2 Jun 2013
Julai25 Julai 2013 (Hari Khamis)
Ogos* 22 Ogos 2013 (Hari Khamis)Hari Raya Puasa : 8 & 9 Ogos 2013
September25 September 2013(Hari Rabu)Hari Raya Haji 2013 : 15 Oktober 2013
Oktober8 Oktober 2013 (Hari Selasa)Deepavali : 2 November 2013
November25 November 2013
Disember* 18 Disember 2013Hari Khamis : 25 Disember 2013)

Aku Datang _ ost Istanbul Aku Datang



Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku


Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh


Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar


Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju


Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar


Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju



Aku datang kepadamu
Kepadamu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...