Friday, 7 October 2016

Review Novel : Katakan Tidak Pada Cinta

Hi O'lls!!

Agak dah lama gaklah aku tak update blog ni. Since aku memang tengah agak stress sebab telah tersuka tanpa sengaja kat seseorang hamba Allah ni (n orang tu tak tau plus memang aku takkan bagitau kat orang tu... memalukan plus karang tak pasal-pasal kene cop perigi cari timba... Ooohh... idok lerr)

Ok, abaikan benda yang aku merepek tu. Dah hobi, salah satu cara nk pujuk hati gundah. So what?? Hahahaha.

Aku memang tak berapa layan novel-novel cinta ni, tapi memandangkan penulisnya aku suka, dan bila baca sinopsis, aku rasa mcm teruja nak baca, aku pun beli.

Senang cerita, selesai baca, ulasan aku... 5 bintang utk novel ni. Huhu... serius novel ni buat aku berangan. Aduhaiii hatiii....

Ini novelnya, hasil jari-jemari seni salah seorang penulis feveret aku :~~


Sinopsis :

Dendam masa lalu telah menghapuskan perkataan ‘cinta’ dari kamus hidup Inspektor Muhammad Afham Nazhan. Sisa yang tinggal sekarang hanyalah untuk memastikan Roy diberkas dalam tangannya sendiri. Kematian kekasihnya beberapa tahun yang lepas perlu dituntut bela!
Detik tengah malam di dalam sebuah hutan belantara. Detik yang sedang bermula segalanya.
Dengan hanya berniat untuk membantu seorang inspektor polis yang tercedera, Cinta Fiska mempertaruhkan keselamatannya demi amalan ‘budi bahasa budaya kita’. Namun, lelaki yang diselamatkannya itu bukanlah jenis yang mengenang budi. Bercakap dengan Afham serupa bercakap dengan hantu. Bahasanya sentiasa keras dan kasar.
“Yang kau tampar pipi aku tanpa kebenaran apasal? Pipi aku ni bayar zakat, kau tahu tak? Suka hati mak bapak kau aje, kan?!” – Muhammad Afham Nazhan
            “Bayar zakat pipi ke kepala?” – Cinta Fiska
Masing-masing membawa diri. Afham dengan dendamnya dan Fiska dengan misi pencarian abang kandungnya. Sekali lagi mereka berdua dipertemukan bersama Darish Izuan. Tanpa sengaja, hati Darish terusik. Nama indah Cinta Fiska mula meniti di bibir. Keadaan bertambah rumit bila siang dan malam Fiska pula hanya memikirkan Afham.
“Saya ni dah gila ke? Normal ke setiap detik saya fikirkan tentang awak, Am? Saya dah mula rindukan awak ke? Kalau saya dah tersuka awak, boleh tak awak sukakan saya balik?” – Cinta Fiska
Cinta segi tiga. Darish cintakan Fiska. Fiska pula cintakan Afham. Tetapi, Afham?
Ada banyak sebab mengapa Afham tidak membalas cinta Fiska. Dia perlu mengalah demi kebahagian sepupunya, Darish. Dia buntu dengan kebenaran yang baru saja terbongkar tentang Roy. Tambah pula dengan konflik lampau keluarga besarnya. Tetapi, mengapa semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang? Mengapa hanya mulut katakan tidak, sedangkan hatinya sudah bersumpah ‘tiada Fiska bermakna tiada cinta’?
Pengakhirannya Fiska tiba-tiba bersetuju untuk berkahwin dengan Darish! Adakah ini kejutan yang paling besar buat Afham? Apa sudah jadi? Temui pengakhiran kisah cinta bersegi mereka dalam Katakan Tidak Pada Cinta.

Beli, jangan tak beli.
Baca, jangan tak baca.. :D

Cik Ayu yg tersuka tanpa sengaja,



Friday, 11 March 2016

Review Novel : Bukan Dua, Tapi Tiga?


Sebuah lagi novel MESTI BACA. Sebenarnya, dah lama habis baca, tak lama lepas aku habis baca novel Kitab Lama. Cuma, al-maklumlah, makcik ni bz... ohooiiii...kene tanggung kerja bagai kat ofis ni haa... petang ni baru teringat kat buku yang heaven ni. Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat makcik berangan habiss..!!  [p/s:time baca buku ni dulu, nk tido pon berangan lagi] hewhew (^,^)
Apalagi, meh sini makcik promote sikit sinopsis citer ni...  
Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.
“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak?
Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.
“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” – NUR ALINA.
Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.
Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.

Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?








Mr. Firas Afwan... Mama Ayong miss u..
Kita jumpa esok yer!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...