Artikel ini dipetik dari Blog Mindafahmi
Tunang dalam Islam | Kebelakangan ini saya berasa sangat gembira. Menjelang cuti summer, pasti banyak berita gembira yang saya terima. Ramai dari kenalan saya terutamanya di Facebook “sibuk” menukar status relationship mereka. Ada yang sudah bertunang! Tahniah saya ucapkan. Adakah cuti musim panas ialah musim “mengawan”? Heh.
Tetapi dalam kegembiraan itu,ada perkara yang sedikit mengganggu fikiran saya. Tidaklah besar mana gangguan tersebut,namun cukup membuat saya berfikir panjang dan termenung. Saya terfikir akan konsep pertunangan atau khitbah dalam Islam.
“Awok awokkk.. Jom kahwin nak?”
“Jummmmm!!!”
“Yeaayyyyy.. kita dah bertunang. Hewhewhew..”
Maksud Khitbah | Tunang Dalam Islam
Khitbah di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki.
Dr. Wahbah Az-Zuhaily menjelaskan bahawa yang dimaksudkan khitbah itu adalah menampakkan keinginan menikah terhadap seorang perempuan tertentu dengan memberitahu perempuan yang dimaksudkan atau keluarganya (wali).
Apabila telah dikhitbah, maka mereka menjadi tunang.
Islamisasi dan modenisasi di Malaysia
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t apabila saya melihat secara zahirnya, rakyat Malaysia khususnya pengguna Facebook semakin islamik. Ini beerti proses islamisasi sedang berlaku di Malaysia walaupun pengislamisasian pada status facebook sahaja. heh!
Islamisasi ini selari dengan proses modenisasi dan peningkatan kecerdikan rakyat malaysia khususnyaanak-anak muda seperti saya. Ini merupakan satu perkembangan yang apabila dilihat dari sudut positif, merupakan perkara yang baik. Tahniah!
Penyelewengan yang berlaku
Namun dari satu sudut, saya tersentap apabila kecerdikan dan islamik itu diselewengkan dengan begitu ‘indah’. Kisah-kisah percintaan kini semuanya islamik-islamik belaka.
“Assalamualaikum bakal penghulu bidadari syurgaku.”
” Saya menanti imam saya.”
“Aku menanti ibu yang solehah kepada anak-anakku”.
Kembali kepada perbincangan asal kita. Sebegitu juga perkataan tunang serta konsep khitbah itu telah diselewengkan dan dihias dengan bait-bait cinta islamik!
Islam itu mudah
Ya benar, islam itu mudah. Namun jangan bermudah-mudahan dengan agama. Apabila dilihat konsep bertunang dalam islam itu cukup mudah, maka ramai anak muda telah menggunakan perkataan itu untuk ‘touch up’ maksiat mereka. Dengan berpegang kepada konsep khitbah, dengan sewenang-wenang mengumumkan bahawa mereka bertunang. Dalam erti kata lain, ‘kita’ sudah menjumpai perkataan baru yang lebih indah, islamic dan ‘kurang maksiat’ untuk digantikan dengan status kami bercouple. Ya, kami bertunang!
Mudahnya!
Tiket ini menjadi lebih ekslusif apabila hakikat masyarakat hari ini masih ada yang memandang pertunangan itu mengahalalkan separuh yang haram.
“Eh karim, kau tengok peah tu! Rileks je keluar dengan laki tu.”
“Eh biar jela. Aku dengar mereka sudah bertunang. Takpela, dorang tu nak kahwin dah pun.”
Adat Bertunang Itu Menjaga
“Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga, undang-undang dan adat.” (Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Wanita Dalam Fikih al-Qaradhawi)
Syed Sabbiq juga mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui mahsyur di tempat masing-masing.
Dulu saya seorang yang agak ‘benci’ kepada adat yang kebanyakkannya menyusahkan, pada pandangan zahirnya. Namun apabila saya menilai situasi sekarang,baru saya sedar bahawa ada baiknya juga adat yang hidup dalam masyarakat kita pada hari ini. Kerana itu wujud satu kaedah syarak yang berbunyi “Al-Adat muhakkamah.” Bermaksud adat itu boleh memberi hukum. (saya tak mampu hurai panjang perkara sebegini)
Syariat itu penting. Adat itu juga penting. Antara dua, syariat itu berada di atas. Namun tidak bermakna adat itu tidak ada tempat. Insyaallah saya akan tulis entry khas tentang bagaimana adat melayu itu menjaga syariat berkaitan isu tunang atau khitbah ini. Doakan saya diberi kekuatan.
Kesimpulan
1)Jika mahu sangat bertunang, maka bertunang secara syariat dan adat. Minta restu dari mak ayah dan hantarlah rombongan meminang kepada gadis pilihan anda itu. Tidak perlu berlebih-lebihan, sekadar menyatakan hasrat dan menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda sudah memadai.
2)Berhenti menyalahgunakan konsep khitbah dalam islam dalam hubungan haram itu. Nak sangat bermadu kasih, sila gunakan istilah couple. Kerana istilah itu lebih makruf sebagai perkara yang menghampiri zina di Malaysia ini. Jangan bersetongkol dengan syaitan dalam menghiasi maksiat sehingga hampir-hampir keliru ummat!
3) Istilah couple,tunang,khitbah itu tidak menjadi isu besar bagi saya. Isu motif penggunaan istilah itu yang lebih saya prihatin.
Wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, tolong jangan bermain dengan api. Tolong jangan gatal-gatal mencuba “couple secara Islamic” kerana percayalah permainan syaitan itu sangat halus dan licik. Percayalah kata-kata saya ini.
Saya mungkin tidak cukup angka umur untuk menegur dan memberi nasihat kepada anda yang mungkinjauh lebih berumur dari saya. Namun, izinkan saya untuk bertutur atas kapasiti pengalaman saya sendiri. Saya belajar dari pengalaman dan saya gembira jika ada yang membetulkan saya jika cara mengambil ibrah dari pengalaman saya kurang tepat. Luruskan saya. sekian
Artikel ini dipetik dari Blog Mindafahmi