Tuesday, 11 June 2013

Penyelewengan Dalam Konsep Tunang

Artikel ini dipetik dari Blog Mindafahmi


 Tunang dalam Islam | Kebelakangan ini saya berasa sangat gembira. Menjelang cuti summer, pasti banyak berita gembira yang saya terima. Ramai dari kenalan saya terutamanya di Facebook “sibuk” menukar status relationship mereka. Ada yang sudah bertunang! Tahniah saya ucapkan. Adakah cuti musim panas ialah musim “mengawan”? Heh.

Tetapi dalam kegembiraan itu,ada perkara yang sedikit mengganggu fikiran saya. Tidaklah besar mana gangguan tersebut,namun cukup membuat saya berfikir panjang dan termenung. Saya terfikir akan konsep pertunangan atau khitbah dalam Islam.

“Awok awokkk.. Jom kahwin nak?”
“Jummmmm!!!”
“Yeaayyyyy.. kita dah bertunang. Hewhewhew..”

Maksud Khitbah | Tunang Dalam Islam

Khitbah di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki.

Dr. Wahbah Az-Zuhaily menjelaskan bahawa yang dimaksudkan khitbah itu adalah menampakkan keinginan menikah terhadap seorang perempuan tertentu dengan memberitahu perempuan yang dimaksudkan atau keluarganya (wali).

Apabila telah dikhitbah, maka mereka menjadi tunang.

Islamisasi dan modenisasi di Malaysia

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t apabila saya melihat secara zahirnya, rakyat Malaysia khususnya pengguna Facebook semakin islamik. Ini beerti proses islamisasi sedang berlaku di Malaysia walaupun pengislamisasian pada status facebook sahaja. heh!

Islamisasi ini selari dengan proses modenisasi dan peningkatan kecerdikan rakyat malaysia khususnyaanak-anak muda seperti saya. Ini merupakan satu perkembangan yang apabila dilihat dari sudut positif, merupakan perkara yang baik. Tahniah!

Penyelewengan yang berlaku

Namun dari satu sudut, saya tersentap apabila kecerdikan dan islamik itu diselewengkan dengan begitu ‘indah’. Kisah-kisah percintaan kini semuanya islamik-islamik belaka.

“Assalamualaikum bakal penghulu bidadari syurgaku.”

” Saya menanti imam saya.”

“Aku menanti ibu yang solehah kepada anak-anakku”.

Kembali kepada perbincangan asal kita. Sebegitu juga perkataan tunang serta konsep khitbah itu telah diselewengkan dan dihias dengan bait-bait cinta islamik!

Islam itu mudah

Ya benar, islam itu mudah. Namun jangan bermudah-mudahan dengan agama. Apabila dilihat konsep bertunang dalam islam itu cukup mudah, maka ramai anak muda telah menggunakan perkataan itu untuk ‘touch up’ maksiat mereka. Dengan berpegang kepada konsep khitbah, dengan sewenang-wenang mengumumkan bahawa mereka bertunang. Dalam erti kata lain, ‘kita’ sudah menjumpai perkataan baru yang lebih indah, islamic dan ‘kurang maksiat’ untuk digantikan dengan status kami bercouple. Ya, kami bertunang!

Mudahnya!

Tiket ini menjadi lebih ekslusif apabila hakikat masyarakat hari ini masih ada yang memandang pertunangan itu mengahalalkan separuh yang haram.

“Eh karim, kau tengok peah tu! Rileks je keluar dengan laki tu.”

“Eh biar jela. Aku dengar mereka sudah bertunang. Takpela, dorang tu nak kahwin dah pun.”

Adat Bertunang Itu Menjaga


“Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga, undang-undang dan adat.” (Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Wanita Dalam Fikih al-Qaradhawi)

Syed Sabbiq juga mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui mahsyur di tempat masing-masing.

Dulu saya seorang yang agak ‘benci’ kepada adat yang kebanyakkannya menyusahkan, pada pandangan zahirnya. Namun apabila saya menilai situasi sekarang,baru saya sedar bahawa ada baiknya juga adat yang hidup dalam masyarakat kita pada hari ini. Kerana itu wujud satu kaedah syarak yang berbunyi “Al-Adat muhakkamah.” Bermaksud adat itu boleh memberi hukum. (saya tak mampu hurai panjang perkara sebegini)
Syariat itu penting. Adat itu juga penting. Antara dua, syariat itu berada di atas. Namun tidak bermakna adat itu tidak ada tempat. Insyaallah saya akan tulis entry khas tentang bagaimana adat melayu itu menjaga syariat berkaitan isu tunang atau khitbah ini. Doakan saya diberi kekuatan.

Kesimpulan

1)Jika mahu sangat bertunang, maka bertunang secara syariat dan adat. Minta restu dari mak ayah dan hantarlah rombongan meminang kepada gadis pilihan anda itu. Tidak perlu berlebih-lebihan, sekadar menyatakan hasrat dan menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda sudah memadai.

2)Berhenti menyalahgunakan konsep khitbah dalam islam dalam hubungan haram itu. Nak sangat bermadu kasih, sila gunakan istilah couple. Kerana istilah itu lebih makruf sebagai perkara yang menghampiri zina di Malaysia ini. Jangan bersetongkol dengan syaitan dalam menghiasi maksiat sehingga hampir-hampir keliru ummat!

3) Istilah couple,tunang,khitbah itu tidak menjadi isu besar bagi saya. Isu motif penggunaan istilah itu yang lebih saya prihatin.

Wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, tolong jangan bermain dengan api. Tolong jangan gatal-gatal mencuba “couple secara Islamic” kerana percayalah permainan syaitan itu sangat halus dan licik. Percayalah kata-kata saya ini.

Saya mungkin tidak cukup angka umur untuk menegur dan memberi nasihat kepada anda yang mungkinjauh lebih berumur dari saya. Namun, izinkan saya untuk bertutur atas kapasiti pengalaman saya sendiri. Saya belajar dari pengalaman dan saya gembira jika ada yang membetulkan saya jika cara mengambil ibrah dari pengalaman saya kurang tepat. Luruskan saya. sekian
Artikel ini dipetik dari Blog Mindafahmi

Wednesday, 15 May 2013

AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.


Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Insyallah.

Tuesday, 23 April 2013

Entah bile lah baru dapat pakai mende nih =.="


Ape bende alah atas ni yek?? Namenyer kasut kawen.... orang pakai time bersanding...haaa...

entah bile baru dpt pkai mende nih...

kang aku bli pkai g ofis kang orang kte buang tebiat....haha...

nak wat cmner kan...lom betemu jodoh la katekan...

kengkadang tu tetanyer2 gak, x cukup cun ker aku nih?? hoo...dh cun sgt dh [hahahahaha...ayat perasan, pujuk hati XD]

nk tggu jd dara jutawan gk la bru bertemu jodoh agaknyer...
[tp klo dh jd dara jutawan, sorry to say... tak ingin aku kawen dh...haha...gurau jer... :D]

xde mende nk update sebenarnyer...tu yg duk merapu tu...ok buddy...bye...c u next time :) :)


~Cik Ayu Comel~

This is Me


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...