Friday, 11 March 2016

Review Novel : Bukan Dua, Tapi Tiga?


Sebuah lagi novel MESTI BACA. Sebenarnya, dah lama habis baca, tak lama lepas aku habis baca novel Kitab Lama. Cuma, al-maklumlah, makcik ni bz... ohooiiii...kene tanggung kerja bagai kat ofis ni haa... petang ni baru teringat kat buku yang heaven ni. Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat makcik berangan habiss..!!  [p/s:time baca buku ni dulu, nk tido pon berangan lagi] hewhew (^,^)
Apalagi, meh sini makcik promote sikit sinopsis citer ni...  
Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.
“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak?
Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.
“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” – NUR ALINA.
Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.
Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.

Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?








Mr. Firas Afwan... Mama Ayong miss u..
Kita jumpa esok yer!!

Friday, 9 October 2015

Review Novel : Kitab Lama


Dah lama tak godek-godek blog nih untuk "menunjuk" novel yang bes dibaca...setakat ni, nilah novel ke-4 yang aku "menunjuk" kat korang...hehe...daripada berpuluh-puluh novel yang aku ada dan aku baca...bukan yang lain tu tak sedap, sedap, setiap penulis ada cara penulisan mereka sendiri untuk menarik hati pembaca, cuma antara banyak-banyak tu, aku "ter"rajin pula nak promote yang 4 buah nih....

Meh sini aku promote skit sinopsis novel nih...serius... aku kategorikan novel ni sebagai NOVEL WAJIB BACA...hehe...memang tak mengecewakan...


"Pendatang, tetap pendatang.  Mereka datang dan kemudian 
pergi setelah memerah segala hasil kita.  Seperti penyamun. 
Mereka takkan sanggup bermandian darah demi tanah air
 dan bangsa lain."

Malim dan Martin, dua insan serupa tapi tak sama yang
 merentasi dimensi alam, menyusur dari Kitab Hikayat Malim
 Deman.  Dia dikembalikan ke zaman pemerintahan Inggeris
 dan Jepun yang dipenuhi derita. Lalu di situ, dia mencari
 jati dirinya.  Mengenal dan melihat kekuatan bangsa sendiri
 demi sebuah Daulah.  Daulah itulah yang mengalir ke
 segenap darah-darah bangsa Tuah. 

Namun jiwanya rentan, pabila tiba saatnya dia dipaksa 
mencabut nyawa kekasihnya sendiri, Merah. Apatah lagi
 Merah lebih sanggup mati di tangan Malim, daripada
 hidup menjadi hamba di kem tahanan. Semua sudah 
maklum, tiada gadis yang berjaya keluar dari kem itu 
hidup-hidup.  Sama ada mereka mati diseksa, atau mati 
terseksa.

 "Secuit kau sentuh anak aku, 
sebakul kau kan terima daripada aku!"

Haaa...kannn...jangan lambat-lambat beli...ni baru sinopsis, belum isi kandungan lagi...
rugi korang tak baca...
                                                             
                                                        Letih sikit petang Jumaat nih...mmm...entahlah...

Monday, 22 December 2014

Tips Bahagia Cara Saya :)


Jika seseorang bertanya kpd sy, adakah sy bahagia, sudah tentu sy akan menjawab "YA, SAYA SANGAT BAHAGIA"...

"Bahagia itu adalah suatu ketenangan...kesannya zahir rupanya maknawi"-petikan Hakikat Bahagia _ UNIC

Bahagia itu dari dalam diri, ada dalam hati, dan bersinar di dalam jiwa...
Memang betul....bahagia itu lahir dari hati yang tenang...
So, apa yang membuatkan sy sentiasa bahagia?

 Ini dia 4 Tips Bahagia Cara Saya... :)

1.   Bersyukur dengan nikmat.

Setiap kali Allah memberikan nikmat kpd kita, tidak kiralah dlm apa jua bentuknya, jgn lupa untuk bersyukur kepada-Nya. Lebih banyak nikmat yang Allah kurniakan kpd kita, semakin rajinlah beribadat, berzikir memuji dan mengingati  Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya. Jangan angkuh bila kita senang, ingat, rezeki itu datangnya dari Allah, tanpa izin Allah, apa-apa nikmat pun tidak akan sampai kepada kita.

2.   Bersabar dengan musibah.

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita.

Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Malah, sy percaya bahawa apabila Allah memberikan musibah yang berat, sesungguhnya Allah hendak memberikan suatu nikmat yang besar sebagai gantinya…Begitu juga apabila kita mencintai seseorang dan cinta itu tidak kesampaian, percayalah sesungguhnya Allah telah mentakdirkan seseorang yang terbaik untuk kita…  

Kita merancang, Allah juga merancang…tetapi perancangan Allah itu jauh lebih hebat dan tidak terjangkau oleh pemikiran kita…Trust me!!

3.    Husnuzon (Berbaik sangka).

Husnuzon merawat hati yang sakit. Hati yang sakit macam mana? Suuzon (buruk sangka)…Macamana kita nk bahagia kalau hati kita pun x sihat...betul tak?? Orang senyum dikata gatal, orang diam dikata sombong, orang rajin dikata riak…banyak lagilah yang buruknya… :’(

Tanamkan sikap husnuzon dan amalkan dalam kehidupan seharian kita kerana ia akan melahirkan sikap tawaduk (rendah hati) dan tasamuh (toleransi) sekaligus mengeratkan hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan Allah...Kan mendatangkan bahagia tu... :)

4.   Bersifat pemaaf.

Dalam banyak-banyak tips tadi, inilah perkara yang paling susah kita nak buat kan… Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sifat pemaaf adalah sifat ahli-ahli syurga. Memang susah kita nak lupa pada orang yang telah menganiaya kita. Tetapi kita perlu cuba untuk memaafkan mereka. Memaafkan bukan bererti mengalah, tetapi memaafkan bererti kita mendahulukan keredhaan Allah. Kita memaafkan kerana kita mahu hidup kita dilimpahi dengan keredhaan Allah, supaya kita tergolong di kalangan mereka yang diredhai dan dicintai oleh Allah. Biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang…Kita tak perlu membalas, kerana janji Allah setiap perbuatan ada balasan yang Allah dah sediakan… wallahu a’lam…Sekian…



Artikel ditulis oleh :           
Cik Ayu (^,^)               

Thursday, 27 November 2014

Ordinary Girl_Hannah Montana

Throwback zaman mude-mude... haha...

Aku ni dulu kipas-susah-mati budak sengal ni... tp sekarang...well... u know...dia dh jd cam ape kan...

Aku pun duk la main cak2 ngn pakcik google...

Jumpa pulak salah satu lagu feberet aku ni...


Uhoo oh yeah,
La da a da

Don't get me wrong,
I love who I am
I don't wanna be ungrateful
It probably sounds strange
I really love the role I play
The songs I sing
But with all the fame
The things that seem so simple,
suddenly, so far out of reach
Wish that they could see that underneath...
I'm just an ordinary girl!

Sometimes I'm lazy
I get bored
I get scared
I feel ignored
I feel happy, I get silly
I choke on my own words
I make wishes, I have Dreams
And I still want to believe
Anything can happen in this world,
For an ordinary girl
(Like you, Like me)
For an ordinary girl
(Like you, Like me)

How are you?
Hello, Good-bye
One day here, One day there
And again it's time to go
Miss popular always on the road
Put my best foot forward
Gotta get on with the show
Strike a pose for the front cover of a magazine
Every where I arrive, I get high-5's
They pay me larger than life
(Yeaheaaaa)
I'm just an ordinary girl!

Sometimes I'm lazy
I get bored
I get scared
I feel ignored (Yeah)
I feel happy, I get silly
I choke on my own words
I make wishes, I have Dreams
And I still want to believe
Anything can happen in this world,
For an ordinary girl

So give it everything or nothin' at all
Get back on your feet when
You stumble and fall
A little luck can go a long way
So don't you worry about what people say
Who knows when the wind may blow
For an ordinary girl..(Mmmm)
I'm just an ordinary girl

Sometimes I'm lazy
I get bored
I get scared
I feel ignored
I feel happy, I get silly
I choke on my own words
I make wishes, I have Dreams
And I still want to believe
Anything can happen in this world,
For an ordinary girl
(Like you, Like me)
(Yeah)
For an ordinary girl
(Like you, Like me)
For an ordinary girl
(Mmmmm)
For an ordinary girl
Like me, like you....

Thursday, 30 October 2014

Tetap Menantimu "Love U Mr Arrogant" (^,^)

Kalau ingat lagi cerita ni... Love U Mr Arrogant...hiiii

Aku suka sangat kt cerita ni... tengok kat u-tube admire giler...

So, aku share kt sni, bile2 nak tengok aku bleh tengok kt sni jer... ^,^

Monday, 18 August 2014

Diari Hati Buat Sang Pencinta


Imanku serapuh daunan kering...
Ku genggam kejap dan terus melangkah...
laluan ku berliku
tidaklah seindah bayangan pandang
Sekali sekala aku berlari
tidak sabar bertemu Sang Pencinta... 
terkadang pincang larianku
terkadang bertingkah langkahku
sekian juga tersadung...
lukanya pedih bukan kepalang
sering aku menangis sendu sendiri
berharian ku cari  kekuatan
untuk ku teruskan mujahadah...

Dalam payah aku bertatih
Namun tamparan musibah terlalu berbisa
Seakan terlalu cemburu
Semangatku memburu Dia Sang Pencinta 
Walau selemah daya ku 
Sungguh... cintaku tidak pudar
Semakin laluanku diberliku
Semakin ketal jiwa hambaku...

Cinta hamba ini bukanlah palsu
namun tak mampu tertafsir dengan amalku...
Ya Rabbi Sang Pencinta Abadi
Aku ini hamba di akhir zaman Ya Allah!
Hanya Engkau yang tahu isi hatiku
Aku lemah tanpa hidayah-Mu
Aku tersasar tanpa petunjuk-Mu 

Ku mohon keampunan-Mu Ya Allah....

Nukilan Cik Ayu....



Friday, 8 August 2014

Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh

Assalamualaikum....

Lama dah Cik Ayu tak update blog ni yer...

Tetiba teringat pulak kat Dato' Usman Awang (Tongkat Warrant), salah seorang Sasterawan Negara kita yang sangat-sangat sy minati sejak zaman sekolah dulu...kebetulan ternampak orang pos kat fb pasal beliau...elok sgt ler tu...al-maklumlah... Cik Ayu memang berantu skit bab puisi-puisi ni...minat sangat!!

Salah satu puisi yang sy suka sangat ialah Sajak Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh ni....mendalam pengertiannya...


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)
Yang indah dikongsi bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...