Monday, 4 June 2012

Sebutir Mutiara Dariku - [Teguran]




Ramai di kalangan umat manusia yang menganggap teguran merupakan suatu yg pahit ditelan dan merentap perasaan. Tapi ingatlah sahabat, orang itu menegur kerana Allah dan dia sebenarnya sangat sayang padamu.. :)

Tuesday, 22 May 2012

Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid

Bagaikan Puteri...

Sebuah ceritera epik thriller yang ditulis oleh seorang penulis bijak dan kreatif iaitu Ramlee Awang Murshid...

Seronok sangat dapat baca buku ni... seminggu yang lepas aku dah pun menghabiskan keseluruhan kisah novel Bagaikan Puteri....



Mengkhatamkan kisah ni tak bermakna habis camtu je.... so, selepas beberapa minit abis baca buku ni, aku sambung pulak dengan membaca novel sambungan kepada kisah Bagaikan Puteri ni iaitu....

Cinta Sang Ratu...


dan.... selepas aku berjaya dengan cemerlangnya menamatkan pembacaan novel yang kedua ni....

tanpa segan silunya aku paksa adik aku...DIKSU, bawak aku gi MPH, beli pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu....hahaha....[aku gelak suker :D]

Aku geram tol...klo ikutkan hati ni mahu je aku beli sampai novel kelima, apakan daya, duit tak cukup, jadi, aku belilah Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi saja dulu.... esok lusa beli pulak Sutera Bidadari....

Sekarang ni aku tengah study hard [cewaah... :D] membaca novel Hijab Sang Pencinta....

Hijab Sang Pencinta....


yang ni pulak sambungan kepada Hijab Sang Pencinta....

Cinta Sufi..... [p/s : baru beli , belum baca lagi...on da way...]


Yang ni pulak aku tengah tunggu gaji bulang depan... nak beli.... huhu....

Sutera Bidadari....


dan jugak novel ni....
dengar-dengarnya akan keluar di pasaran akhir Mei ni....kita tungguuuu....
['ter'seronok sangatlah pulak aku ni :D]

Sunan Musafir


apapun.... terima kasih banyak-banyak kepada penulis novel-novel ni.... jalan cerita yang cukup menarik... bukan setakat menghiburkan tetapi juga banyak pengajaran.... tahniah Ramlee Awang Murshid!! :))

Saturday, 5 May 2012

I Love Snow Globe!!! :)))

Saya memang suka sangat dengan snow globe...suka 1000000000x....

haahhaa...tapi tak mampu nak beli semua...mahal kot...so...admire je lah...

tapi tak kisah... walaupun tak dapat beli, cuci mata pun jadilah...janji hati suka.... :)))))

akan ku usahakan untuk mendapatkan mu suatu hari nanti...cewaahh...haha

jadi, kat bawah ni adalah snow globe yang tersenarai sebagai snow globe yang saya minat sangat2....



















Friday, 4 May 2012

15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita


What happen to me??!!!



Kenapa dengan aku?

Susah nak ditafsirkan bagaimana perasaan ni...

sejak kebelakangan ni selalu berlaku perkara-perkara yang menyedihkan atau lebih tepat melukakan hati....

memang selalu ada perkara yang melukakan hati terjadi pada diri aku ni atau aku ni memang tengah sensitif???

sedih...serius sedih..

tetiba jer aku jadi seorang yang senang sangat nak touching....

kadang-kadang rasa seolah-olah tiada siapa yang memahami...

tapi aku pujuk hati ini....sabar....kawal perasaan tu...itu semua perasaan negatif yang boleh merosakkan jasmani dan rohani...

jangan diikutkan sangat perasaan negatif tu...kalau dibiarkan, nanti syaitan mudah mempengaruhi...

aku banyakkan beristighfar...memohon ampun kepada Allah S.W.T...

aku banyakkan berdoa...memohon perlindungan daripada segala jenis gangguan, khianat, kejahatan manusia. jin dan syaitan...

kerana walauapapun penyebab kepada apa yang berlaku kepada aku, semuanya berlaku atas izin dan kehendak Allah...

kerana kalau aku bersedih, perasaan sedih itu hadir di atas izin dan kehendak Allah....

kerana kalau aku sakit, penyakit itu datang di atas izin dan kehendak Allah...

kerana kalau aku ditimpa musibah, musibah itu menimpa di atas izin dan kehendak Allah....

teringat aku kepada pesan seorang pak cik yang aku hormati...

pesanan yang dikirimkan kepada ku melalui seseorang, katanya :

"kirimkan salam saya kepadanya.... pesan kepadanya...banyakkan bersabar...."

serius...aku agak terkejut dengan pesanan itu....pelik jugak...pak cik ni tahu ke keadaan aku sekarang ni?? (-.-') tidak kiralah mengapa pesanannya begitu, aku terharu kerana sedikit sebanyak pesanan itu melegakan perasaanku...betul apa yang dipesan oleh pak cik tu...

kata orang-orang tua, lebih lama hidup, lebih banyak makan garam...

dan terus-terang aku katakan yang ketika aku mencoretkan luahan hati ini, aku memang sedang bersedih...

Insya-Allah...berkat dengan pergantunganku kepada Allah Subhanahu wa Taala, ku harapkan agar aku sentiasa berada di bawah perlindungan dan kasih sayang Allah....AMINNN....\




Wednesday, 25 April 2012

ORANG-ORANGAN SAWAH

ORANG-ORANGAN SAWAH

dah lame kite tak dengar orang bercakap atau berceriter tentang orang-orang atau orang-orangan sawah atau dipanggil jugak dengan name scarecrow...

haha...
orang-orang ni digunakan untuk menakutkan burung supaya tak makan padi...
tapi bendealah ni bukan saje boleh takutkan burung tetapi jugak sesiaper yg tak penah (ditujukan kpd bebudak bandar..haha)

klo jumper yg macam kt bawah ni...kompo r x takut...silap2 amik gamba cm jumpe artis...


cmner klo yg ni pulak.... comel kot...haha


yang nie ramai sgt pulak.... 


yang ni klo ade kt kampung aku, sori r...sampai tuer aku xbalik da....


yang pulak... adoii ai... xtau ape motif dibuat begini..seksi sgt... goli den...haha


haha...yang ni orang-orang yang paling PELIK...HAHAHA...TAK TAU LA UNTUK HALAU APO PLAK...WAKAKAKAH...


Saturday, 18 February 2012

Perjuangan Yang Belum Selesai - nukilan Y.A.B Tun Dr Mahathir B Mohamad


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Y.A.B TUN DR MAHATHIR B MOHAMAD..
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 1996
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...